McLaren F1, 20 Tahun Versi Jalanan!

366082_60734-f-mclar

McLaren macam yang kita kenal memang pakar dalam Formula Satu. Kalau tak menang pun diaorang akan cucuk angin dengan juara. Tahun ini McLaren bercerai dengan Mercedes tapi masih lagi guna enjin Mercedes, paling sedap McLaren lagi laju dari Mercedes GP. Nampak sangat aerodinamik kereta main peranan, sebab pembekal enjin Formula Satu ada beberapa saja tapi macam yang berlaku sekarang ini ada yang boleh ‘blah’ dan ada juga yang tak habis-habis ada masalah teknikal. Pada saya itulah uniknya Formula Satu, perkiraan matematik sangat penting untuk menjamin kemenangan.

20 tahun lepas McLaren menghasilkan kereta Formula Satu untuk jalanan yang dikenali sebagai McLaren F1. Kereta tersebut menggunakan chasis monocoque gentian kaca sepenuhnya, pertama seumpanya untuk sebuah kereta jalanan. McLaren F1 mula diperkenalkan pada umum pada 28 Mei 1992 dengan unit pertama diserahkan kepada pelanggan pada Disember 1993.

366086_60734-h-mclar

Dilancarkan pada tahun 1994 dengan harga GBP 540,000 dan empat tahun berikutnya sebanyak 64 F1, 5 F1 LM dan 3 F1 GT dengan 28 unit F1 GTR [versi perlumbaan] dihasilkan. Pada tahun 2008, sebuah McLaren F1 dilelong dengan harga GBP 2.53 juta!

Selepas didesak oleh pemilik kereta, McLaren menghasilkan versi perlumbaan model F1 [F1 GTR] untuk berlumba dalam FIA GT1 musim 1995. Dengan hanya masa pembinaan 3 bulan, F1 GTR berjaya memenangi dua perlumbaan iaitu Kejohanan GT1 1995 dan 24 Heures du Mans, bukan sahaja menang tetapi mendominasi terus dengan kedudukan di tempat pertama, ketiga, keempat, kelima dan ketiga belas. Dengan kejayaan yang diperolehi, McLaren adalah juara Formula 1, Indy 500 dan juga Le Mans 24 Hours!

366078_60734-c-mclar

Sempena kejayaan di Le Mans, McLaren membina 5 buah F1 LM, kereta untuk jalanan. Dengan warna ‘Oren McLaren’ replika kereta lumba Bruce McLaren tahun 60 an dan 70 an kereta tersebut tanpa ‘restriction’ kuasa enjin perlumbaan adalah kereta terkuat model F1 jalanan dan kini adalah ikon yang sangat berharga. Lewis Hamilton sendiri memasang hajat untuk memiliki kereta ini.

Pada tahun 1997, F1 GT dibina sebagai syarat homologasi kereta perlumbaan GTR dengan 10 buah dibina. Model ini dikenali sebagai ‘Longtail’ sebab depan dan belakang kereta yang panjang untuk memperbaiki downforce semasa perlumbaan. Selain dari itu 2 buah unit dibina untuk pelanggan F1 sediaada.

366066_60734-a-mclar

Pada tahun 1998, sebanyak 106 buah F1 dihasilkan dan sejarah sekali lagi dicipta apabila Andy Wallace, pemandu uji dan pelumba McLaren memandu XP5, unit kelima dan terakhir prototaip F1 dengan batuan perjalanan sebanyak 45 ribu batu ujian [Matpon tolong kira] untuk menguji model tersebut di Ehra-Lessien, litar milik VW. Pada 31 Mac 1998, kereta V12 tersebut memecut dengan kelajuan maksimum 240.1 batu sejam [sekali lagi Matpon tolong kira]. 12 tahun selepasnya, kelajuan tersebut masih lagi rekod dunia untuk kereta n/a produksi!

Pada tahun 2010, McLaren menghasilkan sebuah lagi kereta jalanan, MP4-12C. Dan tahun ini mereka akan menganjurkan pelbagai aktiviti sempena 20 tahun model F1. Lebih manis jika kejohanan Formula 1 milik mereka, tetapi sebelum itu mereka perlu menjawab dengan RedBull dahulu.

Foto: Newspress/McLaren

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • bimmer on 28/05/2010 at 3:01 PM
    • Reply

    buat pe keta mcm ni , mhal x ingat dunia , naik dua orang , stakt nk laju naik sorang , keta proton pun bleh buat

    • bimmer on 28/05/2010 at 3:01 PM
    • Reply

    eh , gua first

    • h369 on 28/05/2010 at 3:25 PM
    • Reply

    McLaren buat keta super duper laju nie sbb ada permintaan kt atas muka bumi nie jd pada org2 yg tk mampu 2 kita tgk jelah

    • speed on 28/05/2010 at 6:13 PM
    • Reply

    mat tukar la dlm km/h! and mclaren f1 bukan leh naik 3 org ke? tempat duduk kat tgh2!

    • jeremy on 28/05/2010 at 11:56 PM
    • Reply

    “Kereta tersebut menggunakan chasis monocque gentian kaca sepenuhnya, pertama seumpanya untuk sebuah kereta jalanan.”
    are you sure it’s true, and they made ‘sangkar gulung’ from what buluh i think.

  1. speed

    tul cakap hang…kereta ni ada 3 seat. driver duduk di posisi tengah…dan inilah satu2nya kereta dari jenama McLaren dengan enjin BMW M-Power V12…:)

    “Kudos to Gordon Murray for designing this precious beauty!”

    • on 29/05/2010 at 1:29 AM
    • Reply

    Suruh mat pon beli la…ape barang pkai Bugatti Veyron..

    • on 29/05/2010 at 9:49 AM
    • Reply

    Antara kete terpantas di muka bumi ini…

    • jelapangPadi on 29/05/2010 at 10:12 AM
    • Reply

    Gua yg paling kagum skali pada kete2 supercar mcm nie ialah bunyi dia la,gila teruja,xleh nk digambarkan dgn kata2…

    skali dengar,terus meleleh-leleh air kluar…

  2. kete idaman aku nih. kalau kaya gilebaban pun x tentu lg boleh beli kete ni. dah sold out, owner pun xmo jual agaknye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.