Lotus Elise 2011!

Lotus Elise 2011

Masa mula-mula dapat siaran media dari Lotus mengenai model Elise 2011 saya agak pening juga nak fahamkan apa yang Lotus cuba nak beritahu. Sebabnya dia tulis Lotus Elise model 2011. Tak tahu dia nak beritahu model baru sepenuhnya atau model angkatmuka [facelift]. Berkali-kali juga saya baca emel dan akhir sekali saya tutup sahaja. Tak faham apa dia maksudkan. Bila saya buka blog pesaing dan tengok gambar baru faham rupanya Elise 2011 adalah model angkatmuka. Kan lebih senang kalau Lotus tulis “facelift version”.

Lotus Elise 2011

Lotus Elise sejak pengeluarannya 14 tahun lepas telah merevolusikan pasaran kereta sport dengan berkali-kali memenangi anugerah serata dunia. Model 2011 akan diperkenalkan pada umum pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa ke 80 Geneva nanti. Terdapat 3 model yang akan diperkenalkan iaitu Lotus Elise entry level dengan enjin Toyota 1.6 1ZR-FAE dengan teknologi Valvematic dan VVT-I berkuasa 136ps. 2 model lain ialah Elise R dengan enjin 1.8 berkuasa 192ps dan model paling berkuasa iaitu Elise SC dengan enjin 1.8 supercaj.

Lotus Elise 2011

Bahagian luarannya adalah kesinambungan dari Lotus Evora dan merupakan identiti korporat baru Lotus. Clamshell depan, bamper belakang dan penutup enjin semuanya ditukar dan paling menarik adalah lampu LED day light running yang menyala tak kira siang atau malam. Badan kereta yang direka semula lebih aerodinamik dengan pengurangan daya seretan [CD] sebanyak 4%. Bila semua dah tukar rim pun Lotus tukar juga dengan rekaan yang lebih ringkas.

Senang cerita kita baca ringkasan prestasi 3 model Lotus ini:

  • Lotus Elise 1.6
  • 0 – 100 km/h: 6.7 saat
  • Kelajuan maks: 200km/j
  • Lotus Elise R 1.8
  • 0 – 100 km/h: 5.1 saat
  • Kelajuan maks: 222km/j
  • Lotus Elise SC
  • 0 – 100 km/h: 4.3 saat
  • Kelajuan maks: 233km/j

Lotus Elise 2011

Lotus Elise 2011

Lotus Elise memang sebuah kereta yang hebat. Kalau pandu kereta Proton pun dah sedap korner baring kalau Lotus tak tahulah macam mana rasanya, melekat macam gam kot!

Sumber: Lotus

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • on 23/02/2010 at 5:06 PM
    • Reply

    Gua 1st….yihah…!!!

    • on 23/02/2010 at 5:31 PM
    • Reply

    cantikny..
    klu proton dh coner baring?lotus elise coner pe?

    • kete_hitam on 23/02/2010 at 8:35 PM
    • Reply

    dah baring…… tido trusss la…
    dapat yg 1.6 pon dah best dah….

    • odie on 23/02/2010 at 10:53 PM
    • Reply

    jgn kn tido, siap leh mimpi ehem2 ngn lotus elise lg…
    hahahaha

    • pendita_gila on 24/02/2010 at 2:39 AM
    • Reply

    design kereta lotus semua lebeh kurang same je

    • azwan nbs on 24/02/2010 at 4:25 PM
    • Reply

    ape nak buat…kalo orang yg design kete nie pon muka yg same je…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.