Honda CR-Z dilancarkan awal tahun ini dan bentuknya macam CR-X, kiranya jelmaan CR-X yang suatu dulu memang juaralah, kereta muda-mudi. Jika dari dulu sampai sekarang belia dan beliawanis sibuk menala enjin VTEC, belia dan beliawanis zaman akan datang boleh ubahsuai enjin IMA hybrid 1.5 liter i-VTEC.
Diharapkan formula desain dan teknologi CR-X yang berjaya dulu dapat dikitar semula untuk memikat remaja generasi Y.
Sewaktu membangunkan CR-Z, tim jurutera dan pereka banyak merujuk kepada kereta lain dan salah satunya adalah Lotus Elise. Dan dengar kata mereka memang impres dengan model tersebut.
Untuk memandu Honda CR-Z, pemandu ada 3 pilihan mod iaitu Sport, Econ [Economy] dan Normal. Mod Sport menjadikan sistem kereta berubah untuk pemanduan berprestasi dengan mengubah respons throttle, stereng berkuasa elektrik dan electric power motor assist dengan talaan berbeza. Yang paling sedap bila mana lingkaran bulat pada takometer tu berubah jadi merah. Untuk mod Econ pula, enjin bergerak dengan motor elektrik memberi prioriti kepada penjimatan minyak dan penyaman udara mengurangkan beban pada enjin. Takometer pula bertukar samada biru atau hijau. Hijau tu maknanya memandu dalam keadaan jimat gila.
Mod Normal tu macam biasalah, setting enjin macam kereta standard lain, takometer pun warna biru atau hijau. CR-Z mempunyai kuasa sekitar 122 kuasa kuda, kiranya nak kata laju sangat pun tak, lembap sangat pun tidak juga. Ada 2 jenis kotak gear, kalau nak rasa tukar gear boleh pilih 6 kelajuan manual dan rasa nak bergaya macam F1 boleh pilih yang CVT, siap ada paddle shift pada stereng.
Pada saya, CR-Z inilah kereta paling sesuai sekali untuk mengalakkan orang muda membeli kereta hybrid, Toyota Prius dan Honda Insight tu besar sangat, kalau pandu depan kawan-kawan boleh jadi kena kutuk.
Walaupun CR-Z ni nampak standard kapak tapi bila dah dipasang dengan kit Mugen atau Modulo pasti rupanya akan berubah 180 darjah cuma satu saja lah, modifikator akan datang tak dapat nak merasalah sentapan V-TEC dan pekikan V-TEC menjerit! .
Sumber: Honda
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
fuh…ada can
da juai kat malaysia x??
dulu crx layan rock dan keras skrg crz layan lady gaga..huhuh..
Bleh jual dlm market malaysia ni
mcm prius pulak kt blkng…
comel sungguh dari pandangan hadapan.
wah! gile ah!
nampak ayu, kalu boh kaler pink…. lg la ayu…
Ah, nak jimat naik Rapid KL. Nak lagi jimat sewa rumah kedai, bawah ofis. Nak lagi jimat seminggu kerja 2 hari. Cuti 5 hari.
kalo camtu baik tak yah wat pape….lagi jimat sesangat….huhuhuhu
agak2 kalu masuk malaysia berapa ribu cukai haram %#$#^%$^%#^%# depa kaut eekkk
agaknya dalam #%$*&*%^$#*^%$^^$$^&^%%$^&% r lbih kurang cukai haram yg akan dikaut…
cukai didahulukan, kesusahan rakyat belakang cite…