360 darjah kontra dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, Petronas kembali ke F1 dengan pasukan yang mungkin tidak terlintas di fikiran kebanyakan dari kita. Pasukan Brawn GP yang baru-baru ini dikenali sebagai Mercedes Grand Prix pada Isnin menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Petronas untuk menjadi penaja nama pasukan tersebut seterusnya mewujudkan nama baharu iaitu Mercedes GP Petronas F1 Team.
Perjanjian tersebut juga turut merangkumi kerjasama lain yang mungkin wujud antara dua syarikat ini.
“Kami sangat berbesar hati untuk memulakan hubungan jangka panjang dengan penaja nama baharu kami Petronas,” kata Norbert Haug, naib presiden Mercedez-Benz Motorsport. “Daimler, jenama premium kami Mercedez-Benz dan Petronas akan berkerjasama di dalam dan luar litar dan saya pasti semua yang terlibat akan memastikan dedikasi masing-masing untuk berjaya.
“Tempat asal Petronas di Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah rantau automotif yang berkembang pesat yang pastinya menjadikan hubungan ini lebih bernilai. Dengan had sumber terkini yang ditetapkan, Mercedes GP Petronas F1 Team akan lebih bersedia untuk mencapai matlamat pasukan.
“Kami akan berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa depan walaupun F1 kini mempunyai beberapa perubahan yang pastinya menjadikan keadaan lebih mencabar”
Sementara itu ketua tim baharu ini, Ross Brawn pula menambah “Semua orang di Mercedes GP sangat gembira dengan keputusan jangka masa panjang dengan Petronas dan kami akan bekerja rapat dengan rakan baharu kami pada masa hadapan, kolaborasi antara jenama premium automotif Mercedes-Benz dengan syarikat berprestij seperti Petronas memberikan tim kami asas yang hebat untuk besaing di peringkat teratas F1 dan meneruskan kesinambungan musim 2009 yang mencapai kejayaan memperolehi kejuaraan kategori Pembuat dan Pemandu.
“Rancangan kami untuk musim baharu berjalan bagus, seperti juga pembangunan jentera 2010 kami.”
Kereta Mercedes GP Petronas F1 Team musim 2010 akan membuat penampilan litar sulung di Valencia pada 1 Februari 2010 sempena dengan ujian pra musim.
Petronas akan terus menjadi penama nama Petronas Malaysian Grand Prix pusingan ketiga di SIC pada 4 April 2010.
Sumber dan Gambar BMW: Crash.net/BMW Sauber Gambar Merc: Mercedes
-Mak Uia-
28 comments
Skip to comment form
menarik nih…pasni sure iklan petronas kat tv tak guna BMW dah..
Yer..bila tah nak guna Veyron, buat hadiah Kad Mesra sedap juga tu.
dari habiskan duit taja mercedez nih…baik buat jalan raya bagi elok ke..kebajikan utk rakyat ke…xpa la jugak..petronas petronas..
KENA DELETE PLAK KOMEN..HUHUHUHU
Mana ada, ada je atas tu gua tengok.
sbb petronas gabung ngan merz sbb akan tingkatkan brand awareness utk petronas, so kalau petronas nya untung naik, dia nya tax pun naik gak, so dlm teori kerajaan akan dpt lebih untung utk buat benda kebajikan pada rakyat..and nanti kalau petronas bukak stesen pump kat u.k ke germany x de la org tnya petronas tu apa? bgs x?
Betul tu speed…
Penjenamaan tu penting dalam meneroka pasaran yang baru..
Petronas mengambil langkah tepat dengan menceburi bidang F1 yang ditonton lebih 250bilion orang didunia. Jenama Petronas dan Malaysia akan terkenal seluruh dunia tanpa perlu membazirkan wang dalam pengiklanan. Selain itu pemindahan teknologi dan kepakaran dalam Teknologi F1 ini memberi manafaat yang lebih kepada bidang Automotive dan sebagainya. Semuanya ini akan sampai kepada rakyak Malaysia juga…
Malaysia Boleh, Petronas Boleh!
Tak payah nak gaduh-gaduh duit Petronas nak pergi mana… Bagi yang dok bangkang tu, bila free tak da kerja pi tengok balik debat Anwar Ibrahim dgn Sabri Chik. Anwar Ibrahim pun tak da sebut nak guna duit Petronas, yang disebut duit IPP. Gua pun tak ada sokong kerajaan pun tapi gua sokong motorsport.
gua sokong motorsport…tapi cara tak kena…buat pe mat salleh nak tau pasal petronas…wekekeke…orang buat taktau je bro…jual kt orang minyak mahal..jual dlm negara minyak murah…wekekeke…
DEBAT ANWAR NGAN SABRI CHIK KE?WEKEKEKEK SIAP KLUAR AIR LIUR MAMAT SABRI TU…HEHE
kalau Petronas sponsor rally balik kan best…
kesian rally kat Mesia ni hampir malap tanpa penaja utama. nak harapkan organizer jer, lama2 duit diorang abis jugak…
kera di hutan di susukan…
petronas sepatut anjur motorsport kerap skit dlm negara…baru btul…taja orang merz…kalu dapat teknologi takpa la jugak…aiyooo…
Tadi saya baca blog pesaing, dia siarkan komen twitter Alex Yoong yang dipetik dari ESPN, tak pasal-pasal AY kena kutuk, tah pape.
Kalau nak ikutkan saya pun boleh siarkan juga sebab saya memang baca dari semalam lagi twitter AY tu.
Ghairah sangat nak siar berita diaorang ni. Mesti tak lena tidur AY.
petronas taja org malaysia pegi haji lagi bagus
pakai merc plak arr…
>speed,sempoi..lu org ni kepala otak mmg geliga..nmpk ape yg “org” xnmpk..
>gua pon xsonkong mana2,jnji keta gua yg 1.0 stay boleh blah sampai 170..hahaha
>bagus petronas..byk bidang Lu org masuk,byk lg faedah kita org dapat..minyak hbs nnt,ko org dah ada port lain nk masuk..
yg dok kutuk 2,kutuk lah puas2..lepas ni ko kena keje gak nk hidup,bukan dapat elaun pon dok kutuk petronas 2…betul x bro speed n sempoi…
tak menarik la crite ni bagi gua……boring…..
hope org knal kite sbb petronas yg sntiase pk cane nk improve minyak keluaran diorg, bukan terkenal sbb proton yg asik kne kutuk sbb quality makin downgrade sbb dikawal oleh poly-mouse (translate dlm bm).hehe
dari gua yg mencintai proton dr dulu hingga bila2…
BIASALA BRO..KALU TAK KUTUK CAMNE PETRONAS NAK MAJU YE TAK…TERIMA LA KOMEN ORANG SAMA…JANGAN PIKIR SENDIRI JA BRO…HUHU…
Gorillabiscuits,
asal lu anti sgt ngan petronas?
lu penah kene reject ke time mohon jawatan kosong kt petronas sampai lu jadi mcm ni?
harapnyer berterusan la kan.. sebab dl join BMW ingt ble jd cam ferari ngan shell.
Nama team bertukar2… Kerjasama antara penaja dan pembuat pun.. bila nak dapat tgk list utk semua team? terlalu awal ke aku tanya ni? aku mmg tak surf memana dah utk info…
motorsport kat sini,
bola kat sokernet dot blogspot dot com..
so kalau ada apa2 info harap share ye..
jab…asl team lotus 1mf1 petronas tk taje???asl??
apasal Gorillabiscuits nmpak anti PETRONAS? dulu Mahathir buat Litar Sepang, org kata membazir. Skrg banyak negara nak anjur F1. contoh Singapore, jiran je… tapi gatal2 nak anjur F1. Petronas taja Mercedes pun lu kata membazir. Lu pk sempit la, Petronas buat bisnes la, Shell taja Ferrari ada buat kereta ka? depa nak jual minyak ja.
Pls support Proton, Petronas and HPA untuk rakyat malaysia, bukan untuk kerajaan. pk dan pk
HPA tu apa Syam?
aku sokong kata2 speed,se4bab petronas memang ada perancangan jangka panjang untuk buka stesen pam minyak di seluruh negara di eropah.