Pada 2 Mac lepas, CNN International mengumumkan perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Lotus Racing. Logo CNN akan dipamerkan pada Lotus T127, sut pemandu dan krew tim. Kerjasama tersebut akan diuruskan oleh cabang komersil CNN, Partner Solutions Group dan diketuai oleh Rani Raad, Timbalan Naib Presiden Kanan CNN International Advertising Sales.
“Kombinasi dua jenama global yang ikonik dan beraspirasi adalah sangat bersesuaian dengan jangkauan dan kedudukan penjenamaan CNN International,” kata Raad. “Kerjasama yang unik ini dengan Lotus Racing membawa CNN International ke era baru pemasaran dan promosi dan menempatkan kami di hadapan jutaan penonton seluruh dunia.” tambah Raad.
Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes yang gembira dengan perkembangan tersebut berkata: “Kami berbangga untuk mengalu-alukan CNN dalam keluarga Lotus Racing. Ini adalah tanda positif yang kami berjaya buat dalam pasaran bisnes global di mana jenama yang berprestij, yang dikenali jutaan orang di seluruh dunia sebagai sumber berita dan perkembangan semasa telah membuat keputusan untuk bersama kami. Seluruh tim dan saya menantikan untuk berkerjasama dengan CNN pada bulan dan tahun mendatang dalam kempen yang sangat menarik.” akhiri Tony.
Selain dari itu, saya juga perasan sayap belakang Lotus T127 mempunyai logo Naza versi baru. Lebih menarik.
Sumber: Lotus Racing
-Mak Uia-
12 comments
Skip to comment form
TB1, TB2, TB3 X JOIN KER?
hhuuhuhu….
Dorg bukan xpikir untung..
Dorg pikir xuntung kot..
Hehe..
TB9 gua syak berminat nak sponsor..
tak masok akal langsong….!!!
ako rasa kalau matpon ada team F1, mesti Majalah Mempelam yang sponsor…ha ha ha!
Gua tak nak main kereta. Sejak 2 hari lepas gua nak main basikal. Sekarang tengah tanya google pasal basikal resing. Mecinda ke apa nama dia.
CNI tongkat ali xnk join ke?
deyyyy mana saya punya beskal…(iklan duchlady)
beskal resing? ko nak masuk Tour De Kg.Pisang ke matpon?
Suh Astro la sponsor…cekik duit org dah bnyk wooo….
cnn lotus malaysia…aku ingat al jazeera nk join…rupanya cnn…hehehe
Cartoon News Network