Citroen DS3 R3: 1.6 Turbo!

Citroen DS3 R3002

Citroen sekarang ini boleh dikatakan pembuat yang berjaya dalam WRC. Pesaing terdekat, Ford masih jauh lagi nak mengejar, tengok sajalah macamana Sebastien Loeb menang dari satu acara ke satu acara. Dan untuk meneruskan lagi cengkaman mereka dalam sukan rali Citroen memperkenalkan DS3 R3.

Dibina berasaskan undang-undang FIA terbaru Group R3T, model R3 mempunyai chasis yang sama dengan DS3 biasa dan ditambah dengan rangka keselamatan. Teknik yang mereka gunakan adalah mengintegrasi rangka tersebut dengan chasis, beberapa ciri-ciri chasis model produksi dibuang dan diganti dengan rangka keselamatan menjadikannya sebahagian daripada chasis kereta.

Citroen DS3 R3005

Enjin yang digunakan adalah 1.6 THP [high pressure turbo] yang kita boleh jumpa dalam Pug 3008, BMW dan Mini Cooper. Dan untuk menambah lagi kuasa pada enjin tersebut, perkakasan perlumbaan digunakan seperti kotak udara, aci sesondol, omboh, rod penyambung, sistem ekzos dan turbo dan sistem elektrik dan lain-lain. Modifikasi ini menjadikan kuasa kereta meningkat kepada 210bhp dan bukan setakat kuasa puncak sahaja diberi perhatian tetapi tork, dengan 350Nm kereta ini pastinya lebih gagah meredah jalan tar atau trek tanah rali.

Seperti juga Citroen C4 WRC, kereta ini menggunakan kotak gear enam kelajuan dengan semi-auto sequential, dua kali lebih pantas dari kotak gear manual. DS3 R3 dibangunkan dalam tempoh 12 bulan di pejabat Citroen Racing dan membuat penampilan sulung pada Ogos 2009. Untuk memeriksa ketahanan komponen, ujian dijalankan di atas jalan yang kasar dan permukaan tar dengan keseluruhan jarak ujian sebanyak 10 ribu km. Pemandu-pemandu yang menguji kereta ini mengakui yang DS3 R3 senang dipandu, tork yang sedap dari enjin 1.6, kotak gear semi auto dan suspensi.

Prestasi sebenar kereta ini hanya boleh diketahui bila ianya betul-betul digunakan dalam rali, paling awal hujung tahun ini.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Ps: Satria Neo hampir sampai ke peringkat akhir kitaran. Generasi seterusnya 1.6 Turbo?

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • nismo34 on 03/07/2010 at 11:42 AM
    • Reply

    awesome

    • speed on 03/07/2010 at 12:12 PM
    • Reply

    hmm semakin down powered ah wrc…sekarang 300hp torgue 550nm tahun depan 210hp 350nm je aduh…asal x buat power mcm tahun ni je? damn…xpe la maybe kalau proton masuk wrc leh tgk campro turbo…

    • kenaridrift on 03/07/2010 at 1:55 PM
    • Reply

    klo tngok gaye proton skang harapn je nk msok wrc….

    • on 03/07/2010 at 4:40 PM
    • Reply

    sejak penarikan diri beberapa pengeluar drpd jepun seperti mitsibishi & subaru…nampoknyer Citreon semakin bermaharajalela…nak tunggu proton bersaing dlm WRC ntah biler la agaknyer…

  1. R3 la pulok…R3 Malaysia takde kata apa2 ke?

    • satria_standard on 03/07/2010 at 11:24 PM
    • Reply

    citroen pon ad R3…hmmmm….

    • gunners on 04/07/2010 at 10:31 AM
    • Reply

    harapnya proton akan turut sama memeriahkan WRC nih……. x kisah cepat atau lambat…… tapi lebih cepat leih baik…..

    • on 04/07/2010 at 9:35 PM
    • Reply

    Gua rasa kete ni smart. Kacak.

    • azwan nbs on 04/07/2010 at 10:52 PM
    • Reply

    kacak…
    tapi lu hensem…
    tol tak…

    • h369 on 05/07/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    janagn puji matpon lelebih nanti sdatu hari air liur meleleh tk renti2. hahahaha

    • jelapangPadi on 05/07/2010 at 8:51 AM
    • Reply

    1.6 turbo, sedap tu bai…

  2. wow…. wrc2011…
    s.loeb… make it crown.. yeahhh!!!

    • Blood on 09/07/2010 at 11:45 AM
    • Reply

    apa cerita Satria Neo S2000 tu eh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.