Audi R8 ini memang kereta super yang bergaya. Desain dia rilek, rendah, lebar dan dia punya kuasa memang dah sahlah laju tak ingat. Model R8 Spyder yang saya paparkan atas ini standard saja, kuasanya 525ps dari enjin V10 5.2 liter FSI. Harga di UK adalah GBP 111,995 untuk model manual manakala GBP 117,155 untuk model R tronic.
Tapi bosanlah cerita pasal kereta standard ni.
Yang ini barulah betul, Audi R8 spesifikasi perlumbaan! Kereta ni guna badan gentian kaca, kotak gear resing [racing] dan siap sedia untuk berlumba di FIA GT3 European Championships.
Kereta ini dimiliki oleh United Autosports dari Yorkshire dengan harga GBP 267,000. Tapi itu sajalah maklumat yang saya dapat, gambar pun 2 keping saja dia bagi. Kalau dapat spesifikasi penuh bolehlah kita bandingkan dengan Honda HSV atau LFA. Maklumat lain yang ada ialah R8 ini dah menang 23 kali perlumbaan di Eropah pada tahun lepas.
Itu sahaja. Siaran media ala-ala Matpon, ringkas.
Sumber: Audi/Newspress.
-Mak Uia-
12 comments
Skip to comment form
matpon mesti suka kalau dapat trade-in dengan veyron dia..
Yg xde bumbung mcm lg lawa..
kan best klau negar tercinta dpt kuar model type resing,tk dpt beli tkpe, asal leh tgk dpn mata.ni tahun bila nak msk mlsia,takpun takkan msk msia.>>
useless
January 26th, 2010 at 11:50 pm
kan best klau negar tercinta dpt kuar model type resing,tk dpt beli tkpe, asal leh tgk dpn mata.ni tahun bila nak msk mlsia,takpun takkan msk msia.>>
—————————————————————–
rilek la bai.. naza dah nak distribute koenigsegg tak lama lagi. tak cukup resing wa pun tak tau la nak cakap apa lagi.
satria neo r3, savvy r3, gen2 r3/mme dulu dah kuar. type resing gak tu.. nak lebih2 wa tak mampu beli. nak tengok aje, sakit lak hati.. camne nak setel?
kerja la kuat2.
haha, no komen~
tak resing pon…………
MNGAROT JEEEE….Nanti gua prgi tikam no ekor…
krate rasing de ciri2 bendera usa?yahudi pny gang xjd la nk beli?msk neraka..
Satria Neo R3 lagi best.
Resing-resing jugak..semayang ngan usaha agama jgn tggl…hihi
betul tu aku setuju kalo cam tu..
biasenye kalo msk m’sia pn…gamba…tu pn kt gear tinggi
hahaha