Tajuk kereta kecil warna merah ini datangnya dari lagu klasik sekolah rendah “Bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah..bla..bla..bla” Sebabnya kereta ini adalah kecil atau kompak dan warna dia terang. Biasanya orang Jerman tak suka warna yang menyerlah macam ini sebab diaorang tak suka kereta yang seolah menjerit agresif, stail Jerman adalah cool dan tajam dalam lembut. Itulah definisi cantik pada kebanyakan orang Eropah.
Pada pandangan pertama saya Audi A1 ini nampak membosankan dan warna merah menyala masih gagal untuk menyembunyikan kebosanan yang terdapat pada kereta ini. Saya fikir Toyota Vios TRD kalau cat warna merah lagi cun dari Audi A1. Kereta ini dikategorikan di bawah Audi A3 dengan 3 versi enjin turbo iaitu 1.2 TFSI petrol dengan kuasa 86ps, 1.4 TFSI petrol dengan kuasa 122ps dan enjin diesel tunggal 1.6 TDI dengan kuasa 105ps. Kotak gear juga berlainan jenis untuk setiap kategori enjin, model 1.2 dan 1.6 diesel dipadankan dengan gear manual 5 kelajuan manakala model 1.4 dengan dua opsyen iaitu gear manual 6 kelajuan ataupun 7 kelajuan S tronic klac berkembar.
Pada saya kereta ini dibuat kerana hendak berlawan dengan kereta kompak lain seperti Fiat 500, Alfa Mito, Mini Cooper dan kereta kompak lain dari Jepun. Dan secara seriusnya A1 ini nampak pelik, seolah-olah Proton Saga BLM yang dipendekkan dan bumper depan dengan desain hitam macam itu memang dah tak into sekarang ini.
Maaflah, saya percaya Audi boleh buat desain yang lagi hebat dari ini.
Sumber: Audi
-Mak Uia-
4 comments
Skip to comment form
haku first..
ye lah, nape audi dah mcm takde design lain??
aku lak nampak keta ni mcm neo versi barat..
huahuahuahua..
betul tu….aku setuju sangat…tapi cantek la pulak kalo colour silver…
Entah, dah tak ada idea ke Audi ni, kang gua buat kang siapa lagi nak kerja blog ni. Gua dah la hati lembut dan sensitif.
papaku pulang dari kota,
papaku beli kan kereta,
kereta audi kecil warna merah,
boleh ku bawa ke kota….
vroom pish5x
kereta audi ku berbunyi,
marilah awek mari naik,
boleh ku bawak pegi dating…