Pusingan 4 Autobacs Super GT berlangsung kelmarin di Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Perlumbaan 54 pusingan dengan jarak keseluruhan hampir 300km dimenangi oleh Calsonic Impul dengan kereta Nissan GT-R yang dipandu oleh Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli. Pemenang kedua GT500 pula ialah Motul Autech GTR menjadikan podium 1-2 milik Nissan GT-R.
Untuk mengelakkan cuaca tropika lokal yang kita sedia maklum panas perlumbaan dimulakan pada pukul 4 petang. Bermula di petak hadapan, Matsuda dengan kereta Calsonic Impul GT-R berjaya mengekang Honda HSV-010GT sehinggalah hentian pit pada penghujung pusingan 25. Selepas itu Raybrig HSV-010 dan Motul Autech GT-R mengambil alih kedudukan depan tetapi malang menimpa apabila kedua kereta tersebut berlanggar dan kedudukan utama dirampas kembali Calsonic dan seterusnya mencatat kemenangan pertama tim sejak musim 2008. Tim Petronas Tom’s pula menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Di dalam kelas GT300 kereta tajaan firma negara, M7 Mutiara Motors Amemiya SGC7 bermula di grid kedua dan seterusnya menjuarai kelas tersebut. Ini adalah kemenangan kelima tim Amemiya Racing di SIC sepanjang 10 perlumbaan termasuk pusingan tidak rasmi. Kemenangan tersebut merupakan hadiah kepada Mutiara Motors dan tentunya peminat tempatan.
Kita baca sikit apa pemandu Mutiara Motors komen:
Nobuteru Taniguchi: “Penaja utama tim kami ialah syarikat Malaysia dan beberapa orang kenamaan hadir pada majlis pra perlumbaan, dan kami memang hendak menang perlumbaan ini oleh itu tekanan amat tinggi. Kami gembira kerana kami memenangi perlumbaan ini. Strategi kami ialah untuk tidak menukar tayar jika mendahului perlumbaan. Tayar yang dipilih oleh Jurutera untuk kami sangatlah bagus.”
Ryo Orime: “Penaja kami dari Malaysia, Mutiara Motors datang untuk memberi sokongan pada kami, jadi saya amat gembira dapat membalas dengan kemenangan ini. Taniguchi-san memandu dengan bersungguh dan menyerahkan kepada saya dengan posisi pertama dan kerja saya bertambah senang. Tetapi pada 7 pusingan terakhir kereta mempunyai masalah suspensi dan saya mengelak untuk memandu atas curb dan kehilangan 2 saat setiap pusingan. Sebenarnya ianya suatu yang ajaib saya dapat menghabiskan perlumbaan.”
Tahniah Mutiara Motors!
Sumber dan Foto: Supergt.net
-Mak Uia-
12 comments
Skip to comment form
perghh…mantap!!! Bagus2..
congrats to mutiara motor…huhu…
~mengamuk sakan GTR sekarang ni yer…
Best siot dapat naik TAXI ride dgn GSR…tak puas sbb dapat naik seround jer..hahaha…tima kasih kepada GT.com..
sapa tak pegi memang rugi.
gua dah taq nota gua kat GT..
Min …gua lupe nak amik stiker GT kat lu aritu la…alamak…gua nak yg kecik …nnt2 gua roger lu balik la..
peh!tahniah wat m.motors and…GTR!!banzai!!!!!
VEYRON tak main supergt harap maklum. Besok gua post. Babai.
syabas M7! bangga wa jadi rakyat Johor…muahahahah!
tahniah wat M7@Mutiara Motors..special wat mohktar n juliana bonos..(bos MM)..W
tahniah wat M7@Mutiara Motors..special wat mohktar n juliana bonos..(bos MM)..Wa pon bangga gak mai dr johor..dtg jaoh2 tk sia2 dpt masok free..dtg last minit tu yg huntong..p sepang tu pon saja2 jer..
tgk sapa drebar la..NOB taniguchi…selalu ada kat best motoring dengan pakcik tu ape ntah nme die..ahah Keiichi Tsuchiya