SUPER GT SUZUKA 2010: M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA JUARA!

SUPERGT008

Pusingan pembukaan AUTOBACS SUPER GT 2010 bermula di litar Suzuka pada hujung minggu lepas dengan lebih kurang 30 ribu penonton. Pusingan pertama tersebut dipenuhi drama apabila hujan turun pada awal perlumbaan. Akibatnya trek menjadi licin dan beberapa kereta terbabas termasuklah tim Weider HSV-010 dengan jentera Honda HSV-010 yang menduduki grid pertama. Lebih malang apabila 2 buah HSV-010 berlanggar sesama sendiri pada pusingan 11.

Mengambil peluang dari kecelaruan tersebut, tim HIS ADVAN KONDO GT-R dengan pemandu Joao Paulo Lima de Oliveira dan Hirobobu Yasuda memintas peserta lain dari tempat ke sepuluh, mengetuai pelumba lain di pusingan 25 seterusnya menjadi juara sulung kelas GT500 SUPER GT 2010!

SUPERGT006

Kelas GT300 juga menyaksikan kisah sama seperti kelas GT500. Kereta nombor 7 tim M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA SGC 7 yang dipandu Nobuteru Taniguchi yang bermula di grid pertama terbabas pada pusingan pertama lagi. Di lokasi sama, tiga buah kereta masing-masing dari tim ARTA Garaiya, Apple.K-ONE.Shiden dan apr COROLLA axia terlibat dalam kemalangan serius seterusnya mengakibatkan ketiga-tiga tim tersebut gagal untuk meneruskan perlumbaan.

SUPERGT002

Semasa kereta keselamatan keluar, kedudukan kereta adalah tim HANKOOK Porsche di tempat pertama, tim JIMGAINER DEXCEL DUNLOP F430 di tempat kedua, tim JLOC Lamborghini RG-3 di tempat ketiga, tim HASEMI SPORT TOMICA Z di tempat keempat manakala tempat kelima adalah M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA SGC 7. Nobuteru dari M7 MUTIARA MOTORS memulakan penguasaan litar dengan memintas pelumba tempat keempat yang melakukan hentian pit seterusnya memotong kereta tempat ketiga dari luar selekoh semasa pusingan 21.

SUPERGT007

Nasib terus menyebelahi Nobuteru apabila kereta di tempat kedua melakukan hentian pit yang lama dan beliau terus menakluk litar apabila kereta tempat pertama melakukan penukaran pelumba dengan lembap semasa hentian pit dan seterusnya mendahului perlumbaan sehinggalah ke garisan penamat. Kemenangan Taniguchi juga adalah kerana strategi tim yang tidak menukar tayar semasa hentian pit seterusnya menjimatkan banyak masa.

M7 MUTIARA MOTORS sudah banyak memenangi podium SUPER GT tapi ini adalah kali pertama tim Malaysia-Jepun memenangi tempat pertama sejak 2008! Walaupun kuda tua tapi boleh tahan berkuasa kereta ini.

SUPERGT005

SUPERGT000

SUPERGT001

SUPERGT004

SUPERGT003

Keputusan Kelas GT500:

1. HIS ADVAN KONDO GT-R

2. ENEOS SC430

3. RAYBRIG HSV-010

4. PETRONAS TOM’S SC430

5. DENSO DUNLOP SARD SC430

Keputusan Kelas GT300:

1. M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA SGC

2. UP START MOLA Z

3. WedSport IS350

4. MACHOGOGOGO SHAKEN 408R

5. HASEMI SPORT TOMICA Z

Sumber: supergt.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • pak mat tempe on 24/03/2010 at 8:12 AM
    • Reply

    taniah mutiara motors

    taniah tim petronas

    • jelapangPadi on 24/03/2010 at 8:50 AM
    • Reply

    best dengar mak cita pasal race tu,klau dpat tngok ulangan pun jadi la…

    • on 24/03/2010 at 9:23 AM
    • Reply

    Apsal takde live kat TV…Ni sumer Astro punyer hal la…Bangangggg…!!!

  1. ai like rx7…

    • jual air soya on 24/03/2010 at 12:23 PM
    • Reply

    astro mmg…sukan golf wat 1 channel khas,sukan kete xde 1 channel..
    bkn sume org main golf tp kbyakan org pki kete…appara..

    • pak mat tempe on 24/03/2010 at 12:26 PM
    • Reply

    ko anto komen kat astro hari2, nanti dia tambah 1 chanel tuk sports car race, pas 2 bil astro kat umah makin bertambah… adat dunia

    • keretamahal on 24/03/2010 at 4:46 PM
    • Reply

    2 la psal,,,,nk hrapkan tv nsional??jauh ikan pggang dr pemanggangnye…lg baik indon laa,,ari 2 tas 2010 pon ade lputan dlm brita dorg…

    http://www.youtube.com/watch?v=jvuyy2guV1g&feature=related

    • jual air soya on 24/03/2010 at 6:01 PM
    • Reply

    rancgan hiburan mlysia,indon,venezuela,india(zee) sume lengkap masing2 de channel sndiri..

  2. tak silap ako..RTM 1 pernah kuar siaran Super GT ni kat TV…

    ntah apsal dah tak kuar lagi…dah plak tu…dia buat siaran time orang semua dah tidor…

    • 6posen on 25/03/2010 at 2:16 PM
    • Reply

    rtm tv bkn tuk untung, 2 yg cite kua merapek2….bek aku tido….krohhhhhhh

    • pak mat tempe on 25/03/2010 at 3:02 PM
    • Reply

    RTM tok sah cite, chanel gov, company x byk wat iklan kat RTM pon, gaji tetap dpt gak..

    • satria_standard on 25/03/2010 at 10:44 PM
    • Reply

    fuiyoo..power la

    • Jaybond on 26/03/2010 at 3:20 PM
    • Reply

    Rasanya publisiti untuk Mutiara Motors akan bertambah baik dengan kemenangan pertama ini. Tapi yg tersangat menghairankan dan membingungkan aku ialah, kenapa Team Amemiya ni tak pernah teringin nak tukar kereta RX7 kepada model baru RX8?? Pakai jelah enjin yg sama, tapi chassis/body kasi tukar ke RX8. Barulah up-to date.Sebabnya model RX7 dah ada dalam siri Japan/SuperGT sejak pertengahan 1990-an lagi – sangat tua dan tak relevan untuk perlumbaan era 2000-an!!!! Kat siri Grand-Am GT kt US pn dah banyak team pakai kereta Mazda RX8, tapi SuperGT kt Jepun sendiri pun takde.Hampeh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.