Toyota ada TRD dan Tom’s, Mercedes ada AMG, Honda ada Mugen, Nissan ada Nismo, Mitsubishi ada Ralliart, Proton ada R3, tapi VW?
Saya tak terfikir pun mengenai rumah penalaan ‘rasmi’ VW sehinggalah siaran media yang mengumumkan kepada dunia, penala rasmi VW. Namanya ringkas sahaja, seringkas desain kereta-kereta VW. Kereta-kereta berprestasi VW akan ditala oleh Volkswagen R.
Volkswagen R GmbH akan menjadi pakar penalaan rasmi model eksklusif VW pada masa hadapan. VW telah memberi tanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan penjualan kenderaan khas kepada Volkswagen R. Sebagai contoh, portfolio penala tersebut adalah 2 model baru iaitu Scirocco R dan Golf R dan termasuklah beberapa lagi pakej barangan eksklusif VW.
Volkswagen R ditubuhkan kerana peningkatan permintaan global terhadap kereta dengan ciri-ciri individu. Ibu pejabat VW terletak di Warmenau dekat Wolfsburg, Jerman. Kekuatan stafnya adalah seramai 350 orang.
Setakat ini saya tiada lagi gambar penuh model talaan VW R tapi kalau ikut kelaziman trend penala Eropah, desainnya tak adalah ekstravaganza melainkan nampak elegan dan lembut. Stail Euro.
Sumber: Newspress/VW UK
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
Gua 1st…
Gua minta VW nih tp tula…regenyer dah mahal bebenor…
Alamak silap taip…minta=minat…sorry
Brabus bukan tiun merc jugak ka? Volkswagen kan ada banyak anak, adakah VW R ni tiun yang berjenama VW @ suma anak syarikat mcam Audi, Lambo, Bugatti? (Ni dengar dalam top gear yg lama, kalu ada silap, tlg betulkan)…
R = Racingsepat
nie tahan ker kalu bawa kat jeraya tropika nihh??
Mesin tebu :
Tuner memang byk tapi cuma sesebuah company je yg bleh dikatakan sebagai ‘official tuner’ utk setiap manufacturer. dgn kata lain manufacturer pn ada saham n dpt untung.
tolong betulkan kalau silap..
ohhhh, paham sudah, tq banyak joule
vw taip R!!
ade divison untuk vw ni HPA racing kalau korang nak tahu main gran turismo ade le ….untuk kete vw ni.
Kete x laju mmg mcm nk kena tuner. Kan senang kalau beli…ah lu org pun tau kete apa. Selamat malam.
HPA 2 bkn vw je dia tune,audi pon ada