Lotus dan Cosworth mengumumkan mereka berkerjasama dalam perkongsian teknikal dan komersil dengan pesaing IndyCar iaitu KV Racing Technology untuk bertanding dalam siri IndyCar musim 2010.
Lotus-Cosworth IndyCar akan menggunakan skema warna classic Racing Green dan jaluran kuning seperti yang digunakan pada kereta-kereta Lotus Racing pada era 50an dan 60an dan akan membuat penampilan sulung pada pusingan pertama IndyCar di AS.
Dan paling menarik, kereta tersebut akan dipandu oleh Takuma Sato.
Sebelum ini Lotus bertahun-tahun berlumba di IndyCar pada era 60an, memenangi Indianapolis 500 pada tahun 1965 dengan kereta Lotus Type 38, dipandu oleh Jim Clark dan kalah tipis semasa merebut tempat pertama pada tahun 1963.
Dany Bahar, Bos besar di Lotus berkata, “Berlumba adalah sifat Lotus dan telah banyak dalam sejarah perlumbaan di mana inovasi Lotus telah menulis semula cara berlumba. Ianya sangat tepat bila nama Lotus Racing kembali semula ke F1 dan pada masa yang sama akan berlumba dan berinovasi sekali lagi dalam IndyCar. Nama Lotus akan sekali lagi bersaing dalam dua perlumbaan kereta teratas untuk peminat kereta seluruh dunia.
Bekas pemandu Jordan-Honda, Bar-Honda dan Super Aguri-Honda, Takoma Sato pula berkata, “Ini adalah peluang yang menakjubkan untuk semua orang. Ianya sangat mengujakan buat saya untuk menjadi pemandu Lotus dan saya sememangnya menantikan untuk meraih kejayaan dengan projek baru ini.”
Kembalinya Lotus ke dalam IndyCar adalah lanjutan dari pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh kedua Lotus dan Cosworth untuk membina enjin berprestasi tinggi untuk kereta-kereta Lotus.
Siri IndyCar 2010 bermula di Sao Paolo Indy 300, Brazil pada 14 Mac 2010.
Sumber teks dan gambar 3: Lotus
Sumber gambar 1 & 2: Lotus/IMS Photo
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
mantop. harap2 pasni proton pun akan maju teknologi seiring lotus.
lepas ni jgnlah ada SI BODOH yang jual lotus ni mcm mana mv agusta kena jual 1 pound hari tu.
Tapi nape dlm F1 sumer kete yg pkai enjin Cosworth cam tak leh blah & bersaing jer …
CaparZo…
Cosworth ni independent engine builder, jadi enjin ni masih dalam proses pembangunan. Susah skit nak bersaing dengan enjin2 buatan ‘kilang’ tu…
Tapi pasukan Williams dah tunjukkan kehebatan enjin ni daam race pertama minggu lepas…
Dalam championship Indycar, Honda sahaja yang membekalkan enjin utk semua tim yg menyertai kejuaraan itu. Itu bermaksud Honda sahaja yg di beri status sebagai engine supplier dlm Indycar. Tiada pembekal lain dibenarkan. Jadi kalau Lotus masuk bertanding dgn nama Lotus-Cosworth, itu cuma nama tim saja. Lotus juga terpaksa menggunakan enjin Honda dlm perlumbaan.
ex-Z2H..
untuk enjin F1, Cosworth pkai platform enjin mane ea?..mcm Sauber kn, retune enjin Ferrari…
ex-Z2H..
Thanks for the info….harap2 pasni TEAM Lotus 1MF1 dapat menghabiskan perlumbaan dlm ranking top 10…Baru leh dpt points..
JiRoH
Cosworth buat enjin dari scratch, kira enjin ni memang diorang buat sendiri. Setakat ni Williams memang setia ngan Cosworth (selain Honda dan BMW). Pasukan lain yang Cosworth supply adalah Lotus, Virgin dan Hispania.
Sauber dari dulu lagi memang guna enjin Ferrari sebelum BMW ambik alih. Even semasa Petronas start sponsor diorang lagi.
CaparZo,
Yup, tu yang kita harapkan. Kalau boleh mereka ni dapat bersaing dengan ‘works’ F1 Team (Ferrari, Mercedes & Renault)