Generasi terbaru Kia Magentis akan dipertontonkan pada umum pada Pertunjukan Auto Antarabangsa New York 2010 bulan hadapan.
“Generasi terbaru Magentis mempunyai kuasa untuk membuat kejutan,” kata Peter Schreyer, Ketua Pereka Kia. “Ianya adalah kereta yang mana orang tidak akan sangka dari Kia – dan itulah yang kami rancang untuk capai.”
Nampaknya bukan Proton sahaja mengambil harimau sebagai imej korporat, begitu juga dengan Kia, muka depan nya dipengaruhi oleh wajah harimau dan diperincikan dengan lampu utama yang garang.
“Untuk kereta ini, kami bermula dengan sekeping kertas kosong dan berkerja untuk menghasilkan luaran berciri Eropah,” jelas Gregory Guillaume, Ketua Pereka Kia Eropah. Untuk mencapainya, luaran kereta direka oleh tim nya di Frankfurt manakala dalaman pula oleh tim rekaan di California.
“Model terbaru ini melambangkan keyakinan Kia terhadap arah desain baru Kia,” kata Peter Schreyer. “Ianya kereta global dengan penampilan individu.”
Walaupun luaran kereta ini ada ciri-ciri Audi – tempat lama Schreyer berkerja tapi ianya masih cantik dan saya fikir bakal dijual dengan harga yang sangat kompetitif seperti lain-lain produk Kia. Saya tidak pasti Magentis akan dibawa masuk oleh Naza atau tidak, dan jika ya, ianya bakal memberi opsyen untuk Honda Accord ataupun Toyota Camry.
Mungkin ramai dari sekutu tidak berapa nak kenal dengan Magentis, nama lain Magentis ialah Optima. Kia Optima.
Korea dalam misi penaklukan ekonomi dunia.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
Depan nampak garang…
Nampak eksekutif…KIA yang berusia hampir sebaya dgn Proton dah maju jauh ke hadapan…Ayuh Proton mulakan langkahmu…
KIA terbaik gak dia punya body..masyuk abis. kira up to date abis.Proton ni sebenarnya mmg terer buat bodykit. cuma bab ketahanan je blom khatam lagi.penggunaan warna interior kete tu lembab skit.tapi luaran mmg up to date.pandai tekel golongan muda. terbaik dah tu..enjin ok dah.cuma perlu penambahbaikan lagi..kira terbaik la tu…aku bg markah kat KIA 60%…Proton 56.3% la gitu..kuikuikui
encem a…….p1 nnti kua replacement….hehe…..
Kalau market proton mcm kia mesti dorg bleh bt mcm ni jgk..
Sekeru Lomggaq
Ah kalau lu tengok dalam mesti lu kata nampak emo.
CaparZo
Ah Kia dah lama dari Proton, dulu gua ada baca.
tambest
Bugatti tetap di hati. Apo laie nak di kato.
6posen
Gua tau replacement tu pemain gantian macam bolasepak kan.
Joule
Gua shopping kedai-kedai runcit je, tolong member.
depan nmpk cam nk mkn org je..grng keter ni..tp enjin je x tau..lembik ke grg….
fuh kia menejaitis.. cam name penyakit je..