Dalam artikel ekonomi yang saya baca kebanyakannya meramalkan ekonomi global bakal dikuasai oleh negara-negara Asia. Buktinya kita boleh lihat dengan gahnya produk-produk berteknologi tinggi dan sederhana dari Korea Selatan, Taiwan dan China membanjiri pasaran global sekarang ini. Jepun sememangnya sudah lama membayangi ekonomi Amerika Syarikat [AS] dan untuk pengetahuan sekutu, Jepun banyak membeli bon AS semenjak dari dulu lagi dan sekarang ini turut disertai oleh China. Bon bahasa pasarnya adalah hutang, untuk membiayai perbelanjaan negara, kerajaan mempunyai beberapa opsyen dan antaranya adalah dengan mengeluarkan bon. Setakat ini, bon AS bernilai beratus bilion dolar dan Amerika telah lama mengalami defisit.
Tunai dari bon tersebut digunakan untuk pembangunan ekonomi AS, dilaburkan kembali dalam ekonomi domestik dan pengguna mempunyai wang untuk membeli barangan. Termasuklah produk dari Jepun dan China.
LUXGEN, singkatan dari nama Luxury dan Genius [Mewah & Genius] adalah jenama dari Taiwan. Jenama tersebut baru-baru ini menyertai Pertunjukan Kereta Dubai tahun 2009 dan mengvisualkan pada dunia keupayaan penyelidikan & pembangunan mereka dalam bidang automotif dan teknologi maklumat. Seperti mana-mana firma yang ingin berjaya, mereka perlu mempunyai kekuatan tersendiri dan LUXGEN percaya dengan keupayaan negara mereka dalam industri teknologi maklumat, mereka boleh memikat hati pelanggan.
Berkerjasama dengan HTC, pembuat telefon Taiwan mereka menghasilkan dan memasang sistem komputer bina dalam pada kereta LUXGEN. Sistem tersebut dijenamakan sebagai ‘Think +’ menggabungkan teknologi HTC dan antaramuka automotif [automotive interface] Windows CE. ‘Think +’ mempunyai 6 fungsi utama antaranya hiburan audio dan video, telekomunikasi, navigasi GPS, penggera keselamatan dan fasiliti lain mengikut kehendak pengguna. Selain dari itu, kenderaan LUXGEN juga dilengkapi Eagle View+ [kamera 360′], Night Vision+ [pemanduan malam], Side View+ dan LDWS [Lane Departure Warning System]. Dari video yang diberi, teknologi tersebut memang mengagumkan di mana anda hanya pandu kereta dan segala keperluan diatur dengan komputer.
Secara kesimpulannya, LUXGEN percaya kekuatan mereka dalam bidang automotif, teknologi maklumat dan alam sekitar atau jenama pemasarannya “IT+AUTO+ET” adalah kelebihan untuk bersaing dengan jenama lain.
LUXGEN mensasarkan pasaran global seperti Timur Tengah, Amerika Tengah, Rusia, China dan Asia tenggara untuk menjual produk mereka. Sementara itu mereka akan masuk dulu ke negara teluk dan telah menandatangani Surat Niat [letter of intent] dengan beberapa pengedar di rantau tersebut.
Sedikit mengenai latarbelakang jenama dari Taiwan ini, LUXGEN adalah jenama PREMIUM yang ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Yulong Group. Sebelum ada yang mengutuk jenama setahun jagung dah boleh buat kereta dan kutuk pula PROTON, suka hendak saya beritahu Yulong bermula pada tahun 1949. Bisnesnya merangkumi penyelidikan & pembangunan dan pembuatan automotif, tekstil, teknologi maklumat dan penyelidikan dan pembangunan teknologi tinggi, hartanah, khidmat kewangan dan nasihat, penerbitan dan banyak lagi.
Yulong mula mengilangkan kereta pada tahun 1953 dan sehingga kini adalah pengilang automotif terbesar Taiwan dengan kilang pengeluaran di Taiwan, China dan Filipina. Operasi mereka telah menghasilkan lebih 2 juta unit kenderaan dengan kerjasama Nissan, Mitsubishi, GM, Chrysler, Mercedes-Benz dan banyak lagi.
DNA Desain:
- Mewah – Tentatif, Sentuhan Bermakna
- Melebih Jangkaan
- Perhatian Terhadap Perincian
- Human – Centric Service
- Genius – Unik, Pemikiran ke depan
- Teknologi Termaju dan Intutif
- Ganjaran dan Kepuasan Melebihi Jangkaan
- Chic – Menarik, Bercitarasa, Ringas tapi Boleh Dihargai, aktif
Satu syarikat lokal yang ada serba sedikit persamaan dengan model bisnes Yulong adalah Kumpulan NAZA.
Klik untuk laman web: LUXGEN
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
11 comments
1 ping
Skip to comment form
hidung depannya dah mcm Civic FD, body dh mcm Freed.
Kalo dah masuk mesia …mahal tak rege dier ni nnt banding ngan brand lain?
wau, macam maju lagi dari proton bunyinya, kalu tengok syrikat ni pandai gunakan kelebihan yang dowg ada untuk nak kasi up ini kereta, kalu macam proton pula xtau la pulak, macam dah kebelakang, 1st model dowg dah ada satnav, av entertainemnt dgn etc, tapi nampak kelebihan dari segi gajet, keupayaan enjin dengan handling xtau macam mana lagi, kalu setakat gajet mewah tapi 0-100 amik masa 20 sec, bek naik honda cub dengar ipod, sesat jalan tanya orang… apa koem anda?
…ptg kemarin gua jmpak sbjik SUV logo mcm toyota,
tpi bila gua perati btul2,gua perasan bukan toyota…
gua syak keta tu made in china….
side tepi mcm estima jek, dpan dh mcm honda..lampu lak mcm alza..copycat car
macam proton exora je..
kalau proton exora mnggunakn tknologi cm 2..
ase xde spe bli..
mlainkn klu import..
HILUX+Gen2
hahahaha…
hudussssss.
no komen
Aku rasa, keta-keta ni takde masalah dari segi kualitinya. Cuma, problem pasal sparepart la. Macam keta-keta Korea, OK je aku rasa, cuma akalu rosak, sparepart susah dapat especially yg pirate atau after market punya.
baik beli made in malaysia..
[…] lagi entri LUXGEN, jenama Taiwan yang saya paparkan baru-baru ini? Sedikit perkembangan untuk sekutu, jualan LUXGEN […]