Terima kasihlah pada Encik Matpon yang tolong post entri G Class [selingan mata 10] ni tapi tak buat artikel pun. Untuk pengetahuan sekutu GT, Mercedes G Class adalah kenderaan off road terbaik Mercedes. Anugerah yang dimenangi oleh G Class memang banyak, antaranya Off-roader of the Year sebanyak 7 kali dan Luxury off-roader daripada majalah Off Road.
Enjin V6 diesel yang terdapat pada model G 350 BlueTec menghasilkan 210hp pada 3400rpm dan tujahan 540Nm di antara 1600 dan 2400 rpm. Keluarga ‘G’ mempunyai 3 varian badan iaitu short wheelbase station wagon, long wheelbase station wagon dan convertible yang mana pembeli boleh memilih enjin BlueTec ataupun enjin 5.5 liter V8 petrol dengan kuasa 388hp dan tujahan 530NM.
Kalau rasa yang itupun basik-basik saja, pembeli boleh memilih model G 55 AMG dengan badan long wheelbase station wagon. Enjinnya adalah V8 supercaj berkuasa 500hp dengan tujahan 700Nm!
Model standard G-Class didatangkan dengan sistem traction kawalan elektronik 4ETS, Electronic Stability Program ESP dan All Wheel Drive dengan kotak gear 7G-Tronic 7 kelajuan automatik.
Terbaik Jo!
Sumber: Daimler
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
sekolah lama…tp berenovasi, gua suka.
gua xminat,kete mahal2 bwk g atas bukit tgok laut..
ntah pape..
mat…explain psl tank dia ade 2 inlet tu…merah n biru…NGV ke ape…
tadi tengahri baru selisih 4 bijik…kaler celoreng ATM…
tapi tu adik dia G-Wagen…he he he!
mmg terbaik, kaler itam takde ke??
Kompom rege adik beradik dgn Hummer gak nnt…boley beli MyVi @ Alza 20 bijon…gilos
klasik semacam jer design G-Class ni … retro lah
cam sinar.fm lak….retro…i laik…