Honda CR-Z: Macam CR-X Jo!

2011 Honda CR-Z EX

Honda CR-Z dilancarkan awal tahun ini dan bentuknya macam CR-X, kiranya jelmaan CR-X yang suatu dulu memang juaralah, kereta muda-mudi. Jika dari dulu sampai sekarang belia dan beliawanis sibuk menala enjin VTEC, belia dan beliawanis zaman akan datang boleh ubahsuai enjin IMA hybrid 1.5 liter i-VTEC.

Diharapkan formula desain dan teknologi CR-X yang berjaya dulu dapat dikitar semula untuk memikat remaja generasi Y.

2011 Honda CR-Z EX

Sewaktu membangunkan CR-Z, tim jurutera dan pereka banyak merujuk kepada kereta lain dan salah satunya adalah Lotus Elise.  Dan dengar kata mereka memang impres dengan model tersebut.

Untuk memandu Honda CR-Z, pemandu ada 3 pilihan mod iaitu Sport, Econ [Economy] dan Normal. Mod Sport menjadikan sistem kereta berubah untuk pemanduan berprestasi dengan mengubah respons throttle, stereng berkuasa elektrik dan electric power motor assist dengan talaan berbeza. Yang paling sedap bila mana lingkaran bulat pada takometer tu berubah jadi merah. Untuk mod Econ pula, enjin bergerak dengan motor elektrik memberi prioriti kepada penjimatan minyak dan penyaman udara mengurangkan beban pada enjin. Takometer pula bertukar samada biru atau hijau. Hijau tu maknanya memandu dalam keadaan jimat gila.

2011 Honda CR-Z EX

Mod Normal tu macam biasalah, setting enjin macam kereta standard lain, takometer pun warna biru atau hijau.  CR-Z  mempunyai kuasa sekitar 122 kuasa kuda, kiranya nak kata laju sangat pun tak, lembap sangat pun tidak juga. Ada 2 jenis kotak gear, kalau nak rasa tukar gear boleh pilih 6 kelajuan manual dan rasa nak bergaya macam F1 boleh pilih yang CVT, siap ada paddle shift pada stereng.

Pada saya, CR-Z inilah kereta paling sesuai sekali untuk mengalakkan orang muda membeli kereta hybrid, Toyota Prius dan Honda Insight tu besar sangat, kalau pandu depan kawan-kawan boleh jadi kena kutuk.

2011 Honda CR-Z EX

2011 Honda CR-Z EX

Walaupun CR-Z ni nampak standard kapak tapi bila dah dipasang dengan kit Mugen atau Modulo pasti rupanya akan berubah 180 darjah cuma satu saja lah, modifikator akan datang tak dapat nak merasalah sentapan V-TEC dan pekikan V-TEC menjerit! .

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • yeh on 06/02/2010 at 12:15 AM
    • Reply

    fuh…ada can
    da juai kat malaysia x??

    • on 06/02/2010 at 3:07 AM
    • Reply

    dulu crx layan rock dan keras skrg crz layan lady gaga..huhuh..

    • Sekeru Longgaq on 06/02/2010 at 9:15 AM
    • Reply

    Bleh jual dlm market malaysia ni

    • volcomers on 06/02/2010 at 9:19 AM
    • Reply

    mcm prius pulak kt blkng…

    • Hakim on 06/02/2010 at 11:48 AM
    • Reply

    comel sungguh dari pandangan hadapan.

  1. wah! gile ah!

    • kete_hitam on 06/02/2010 at 4:39 PM
    • Reply

    nampak ayu, kalu boh kaler pink…. lg la ayu…

    • on 06/02/2010 at 6:34 PM
    • Reply

    Ah, nak jimat naik Rapid KL. Nak lagi jimat sewa rumah kedai, bawah ofis. Nak lagi jimat seminggu kerja 2 hari. Cuti 5 hari.

    • azwan nbs on 07/02/2010 at 2:32 PM
    • Reply

    kalo camtu baik tak yah wat pape….lagi jimat sesangat….huhuhuhu

    • zulcaffan on 08/02/2010 at 9:16 AM
    • Reply

    agak2 kalu masuk malaysia berapa ribu cukai haram %#$#^%$^%#^%# depa kaut eekkk

    • odie on 23/02/2010 at 1:25 AM
    • Reply

    agaknya dalam #%$*&*%^$#*^%$^^$$^&^%%$^&% r lbih kurang cukai haram yg akan dikaut…
    cukai didahulukan, kesusahan rakyat belakang cite…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.