Walaupun Volvo sekarang ini dalam proses bertukar tangan dari Ford ke syarikat China tapi aktiviti p&p [penyelidikan dan pembangunan] mereka masih berjalan. Yang bertukar hanya tuannya sahaja tapi p&p mesti diteruskan sebab itu adalah nadi perkembangan syarikat automotif.
Tanpa berlengah masa marilah kita belajar sikit pasal kejuruteraan – subjek yang Matpon paling blur.
Volvo Car Corporation memperkenalkan enjin 2 liter yang efisien dengan sistem turbo yang unik. Selain dari penjenamaan kereta yang selamat, Volvo juga terkenal dengan turbo tekanan rendahnya [low pressure turbo]. Enjin GTDi [Gasoline Turbocharged Direct Injection] ini bakal digunakan pada Volvo S80, V70 dan XC60. Kelebihan enjin ini ialah konsumsi minyak rendah, emisi rendah dan sebaran kuasa pada setiap putaran enjin [rpm].
Selain dari itu, enjin terbaru Volvo ini menghasilkan 203 kuasa kuda dan 300 Nm bermula dari 1750 rpm lagi. Dengan tujahan kuasa serendah itu bermakna boleh tahan gagah la juga kereta yang guna enjin ini nanti. Katanya kuasa enjin ini bersamaan dengan enjin 2500 cc. Sistem turbonya dibangunkan secara kerjasama antara Volvo Cars, Borg-Warner Turbo System dan pembuat komponen besi iaitu Benteler Automotive. Pengecas turbo [K03] tersebut adalah paling kecil berbanding kuasa enjinnya. Biasanya kalau kita tengok turbo kereta lain, ianya dipasangkan dengan perumah [manifold] ekzos tetapi yang ini datang satu set dengan perumah ekzos dan binaannya dibuat daripada kepingan besi berbanding cara konvensional iaitu dengan acuan [casting].
Kepingan besi tersebut lebih ringan, kompak dan seterusnya dapat mengurangkan suhu. Kalau nak ikutkan, perumah yang dibuat dengan kepingan besi macam tu bukanlah teknologi baru sebab lazimnya turbo yang dibuat dengan acuan akan digabungkan dengan perumah ekzos daripada kepingan besi tapi bilamana Volvo dan rakan-rakan berjaya buat perumah ekzos sekali dengan turbo daripada kepingan besi ini bermakna itu adalah inovasi baru dan mereka dah pun patenkan teknologi tersebut. Teknologi lain yang mereka gunakan adalah Twin VVT dan kotak gear Powershift.
Mengikut ujian yang mereka lakukan, Volvo S80 dengan enjin GTDi dan transmisi auto hanya menggunakan 8.3 liter minyak untuk 100 km!
Saya bukan nak puji sangat syarikat orang putih ni tapi itulah dia, diaorang buat p&p sampai nak bankrap. Sama juga dengan Proton, mereka hasilkan produk guna p&p sendiri sampai jatuh rugi, nasib tak bankrap.
Sumber: Volvo
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
enjin ne nk convert kat kancil aku
kalu rosak enjin ni.. pomen bawah pokok tengok saje la.. x tau nakbuat aper rasenyer
huhu gile mantap
wolwo…….
gua nak taxi ride…..
pendita : esok pi keje lu naik la teksi
ape..volvo dah kene take over ngan syrkt china..oh mannn…agak2 reliability kete volvo pasni bleh menten ke..??..x jadi macam mg ke..??..pepun volvo memang bes,walaupun dulu aku pakai 240 tapi caroo…cume sparepart je x masuk akal sket..
bkn volvo je hummer pon berpindah ke china..
Apa la nasib company besar camtu pun bleh kena take over dgn cina.Volvo ni enjin dia mmg sodap aku dah try(pinjam jer) dah tp nak maintain…. Kopak2
proton tak nak wat enjin cam nie….??
turbo + manifold….hmmm camna nak upgrade turbo ini mcm…