Honda Malaysia Membuka Fasiliti Produksi No.2 – 100 Ribu Unit Kenderaan Setahun!

Honda Line no.2 2014.04

Melaka, 16 Januari 2014 – Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengukuhkan komitmen terhadap perniagaannya di Malaysia dengan pembukaan kilang produksi No.2 di Pegoh, Alor Gajah, Melaka, 11 tahun selepas pembukaan produksi No.1 pada Januari 2003.

Pembinaan produksi No.2 yang berkeluasan 49,190 meter persegi hanya mengambil masa kurang dari 12 bulan dan dijangka mampu menggandakan produksi sedia ada iaitu sebanyak 50,000 unit kepada 100,000 kenderaan unit setahun dan daripada 200 unit kepada 400 unit sehari.

Majlis penuh bersejarah itu diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed; wakil Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Md Yunos bin Husin; Duta Jepun ke Malaysia,  Shigeru Nakamura serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., Hiroshi Kobayashi.

Honda Line no.2 2014.01

Kobayashi meluahkan rasa gembiranya dengan pembukaan produksi No.2 di Malaysia. “Malaysia memainkan peranan penting buat Honda. Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 10 tahun. Saya bangga untuk menyatakan bahawa perniagaan kami telah berkembang pesat sepanjang tempoh tersebut. Menerusi pendekatan yang berorientasikan kepada pengguna, Honda meneruskan pelaburan, pertumbuhan dan pengembangan di Malaysia dengan  memanfaatkan teknologi-teknologi unik, idea dan kemampuannya untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak para pelanggan.”

“Honda akan terus membangunkan aspek pengeluaran tempatan di Malaysia dengan mengambil langkah lebih strategik terhadap industri ini. Dengan membangunkann kemahiran pekerja tempatan dan mengimplementasikan teknologi-teknologi pengilangan termaju pada pasaran yang penting dan menarik ini, kami positif bahawa Malaysia akan membantu mencapai pertumbuhan jenama Honda pada jangka masa panjang.” Honda Malaysia komited untuk menawarkan produk terbaik dengan lebih pantas, mampu milik dan rendah emisi CO2 .

Honda Line no.2 2014.03

Menerusi pembukaan produksi No.2, Honda akan memasang lebih banyak kenderaan untuk pasaran Malaysia terutama model kecil dan segmen hibrid yang menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam beberapa tahun lepas. Sehingga kini, Honda Malaysia telah memasang City, Civic, CR-V, Accord dan kedua-dua varian Jazz Petrol dan Hibrid di kilang mereka di Pegoh.

Berucap pada majlis pembukaan tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan terhadap industri automotif tempatan. “Industri automotif di Malaysia menunjukkan pertumbuhan pesat sejak lima tahun kebelakangan ini. Kami berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan yang berterusan terhadap industri, terutama dalam mempromosikan kenderaan cekap tenaga.”

Honda Line no.2 2014.02

“Kami telah menetapkan pelan jangka sederhana untuk membuat pelaburan tambahan berjumlah RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun bermula 2012. Jumlah pelaburan produksi No.2 sebanyak RM382 juta meliputi kos bangunan, peralatan serta kemudahan. Pelaburan ini penting dalam mengukuhkan operasi kami demi mencapai sasaran jangka sederhana iaitu mencatat jualan 100,000 unit kenderaan menjelang tahun 2016.”

Honda telah mempertingkatkan operasi keseluruhan di Malaysia dalam beberapa tahun lepas dengan pembinaan gudang alat gantian baharu, kemudahan trek ujian baharu, Pusat Pra-Penghantaran (PDI) baharu serta kemudahan logistik yang baru-baru ini ditukar dengan menggunakan keretapi untuk lebih efisien.

Di produksi No.2 yang baharu, Honda telah memperkenalkan beberapa teknologi baharu dalam usaha mencapai standard lebih tinggi. Antara yang telah dipasang ialah mesin kimpalan pintar, selain kemudahan mengecat tercanggih melibatkan Robot-Robot Penyembur dan Lapisan Bahagian Bawah Kenderaan (Spray Robots and Under Body Coating). Teknologi-teknologi terkini ini dapat meningkatkan ketepatan bahagian badan dan cat badan serta ketebalan salutan yang berkualiti. Mesin Penguji Multi Pemanduan untuk Kualiti Kenderaan (Multi Driving Tester for Vehicle Quality) telah dipertingkat bagi memastikan ianya serasi hibrid untuk memeriksa sistem IMA dan keadaan bateri. Pengembangan ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Honda Malaysia dijangka akan menggaji 700 orang pekerja baharu yang bakal menerima latihan kemahiran untuk mengendalikan mesin-mesin canggih di kilang terbabit.

Tambah Encik Ueno lagi, “Dalam usaha menawarkan harga lebih mampu milik kepada pengguna di Malaysia, Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk meningkatkan komponen alat ganti tempatan daripada 30-40% sebelum ini kepada lebih 70% pada masa depan. Ia mampu dicapai menerusi kerja keras semua kakitangan kami untuk mengimplementasikan teknologi-teknologi termaju dan penambahan pembekal komponen.”

Konsep ‘Kilang Hijau’ telah dilaksanakan secara aktif; dimana peralatan kecekapan tinggi telah dipasang dan pemprosesan dipendekkan untuk penggunaan kuasa yang lebih rendah. Pelbagai inisiatif hijau telah dlakukan seperti kitar semula dan penggunaan semula tenaga serta kecekapan air dilaksanakan di bangunan-bangunan dan peralatan. Usaha-usaha ini menyokong sasaran global Honda untuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 30% menjelang tahun 2020.

Penjualan kenderaan Honda Hibrid adalah bertepatan dengan inisiatif hijau ini. Sehingga December 2013, Honda telah menjual lebih dari 22,000 unit kenderaan hibrid di Malaysia.

Produksi No.1 dan No.2 berupaya menghasilkan pelbagai model melalui penukaran produksi yang cekap. Dalam menyokong aspek peningkatan kualiti dan produksi kenderaan, Honda Malaysia akan terus berusaha untuk menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik menerusi penambahan rangkaian pengedarannya. Honda Malaysia mensasarkan untuk memiliki 90 pengedar menjelang akhir tahun 2015.

“Honda Malaysia akan terus menghasilkan produk berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Kami komited terhadap pasaran dan pertubuhan industri automotif Malaysia. Honda mempunyai jenama yang kukuh di negara ini hasil sokongan berterusan daripada kerajaan dan para pelanggan. Kami juga komited untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan menghasilkan produk-produk yang inovatif dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan industri automotif tempatan. Dengan adanya produksi No.2, Honda akan menawarkan lebih kegembiraan kepada para pelanggan di Malaysia,” jelas Encik Ueno.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.