Agak lama juga GearTinggi tak memaparkan kisah lori. Sesekali layan lori ni sebenarnya seronok juga. Kali ini GT nak memaparkan kisah trak Volvo FM11 pula, di mana sebuah syarikat pengangkut yang berpengkalan di Leicestershire, Mobile Services (Ellistown) Ltd telah memilih trak tersebut sebagai trak dari jenama Volvo yang keempat yang telah dibeli oleh mereka.
Menurut kata Pengarah Urusan, Tony Bradbury mereka memilih trak dari jenama Volvo kerana bercadang untuk terus menggunakannya selama 10 tahun! Walaupun trak ini baru sahaja 6 minggu digunakan, namun Tony dapat merasakan bahawa trak ini telah pun menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.
Trak berkuasa 11 liter ini dapat memberikan sang pemandunya pengalaman memandu trak bertransmisi otomatis dengan penggunaan I-Shift Auto yang baru.
Trak pengangkut ini telah direka oleh pakar, Belle Trailers dari Great Dunmow dengan penggunaan treler tunggal tambahan di bahagian belakang bagi memudahkan operasi turun naik kereta yang mampu memuatkan 5 buah kereta sekaligus.
P/S: Bercakap soal menunaikan tanggungjawab, dengar kata tak lama lagi dah. Harap-harap Sekutu yang dah cukup umur, jangan lupa pula menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Sumber : Newspress
-C27-
7 comments
Skip to comment form
Gua 1st….
fm11 nh bukan dah lama ker. Sebab sekrang banyak FM 12. Kalau tengok kat malaysia pun ada FM12 jer. FH x d.
jom laksanakan tanggungjawab anda…
FM12 model lama….yg baru FM13….FH ada masuk malaysia….kat USJ ada compony transporter guna volvo model FH
ish kereta yg depan sekali tu memang power. mcm kaki terjuntai cicah air sungai jer lah gua tgk. sekiannnnnnnn! 10q.
goku tiruan jdm:volkswagen…das auto…change…yes we can…hahahaha….passat cc cun woo…..
Jetta…teringat Fast & Furious yg 1st …yg kaler putih Jesse bwk tu