SUPER SUGO 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!

PetronasSTESugo2010.008

Petronas Syntium Team [PST] pada 9 Mei lepas memenangi podium 1-2 di 2010 Super Taikyu Endurance Series [STE] pusingan 2 yang diadakan di Sporstland Sugo. Walaupun berehat selama sebulan sejak pusingan STE pertama, PST tampil berlumba dengan penuh semangat. Buktinya ialah kemenangan yang diperoleh oleh kumpulan pemandu pertama dengan kereta BMW Z4M Coupe nombor 1 yang dipandu Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanagida dan pemandu negara, Imran Zaharias Shaharom.

Kereta kedua bernombor 28 pula dipandu oleh Tatsuya Kataoka dan dua orang pemandu negara iaitu Fariqe Hairuman dan Melvin Chun-Ho.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Keputusan: Petronas Juara Super Taikyu!

mmerace-36

Pada 28 November lepas PETRONAS Syntium Team berjaya mengharumkan nama negara di negara matahari terbit, Jepun dengan menjuarai Super Taikyu Endurance Series musim 2009. Lebih membanggakan lagi pemandunya adalah Fariqe Hairuman, seorang rakyat tempatan.

Dengan kemenangan berganda dalam 2 pusingan perlumbaan yang berlangsung di Oval Super Speedway, Twin Ring Motegi, ketiga-tiga pemandu kereta No. 1 BMW Z4M Coupe iaitu Fariqe Hairuman, Masataka Yanagida dan Nobuteru Taniguchi berjaya meraih maksimum 25 mata menjadikan keseluruhan markah kepada 128 mata seterusnya menjadi penakluk Super Taikyu Endurance Series 2009!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Keputusan: SuperTaikyu, SUPERGT, WRC [07/09]

Kep070900

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai keputusan perlumbaan serata dunia, sememangnya banyak berita menarik dan saya pasti ramai dari anda sudahpun mengetahuinya antaranya Jenson Button yang kini menjadi juara dunia F1.

Jika anda peminat Button dan masih berbangga dengan kemenangannya, simpan dahulu perasaan tersebut kerana ada lagi berita yang lebih menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Baru-baru ini pasukan yang ditaja firma negara berjaya menduduki podium di Jepun. Masing-masing berjaya di dalam perlumbaan lasak Super Taikyu pusingan 7 dan SUPERGT pusingan 8 di Autopolis.

Klik untuk bacaan seterusnya >>