Audi R8 Racing Spec!

R8090026

Audi R8 ini memang kereta super yang bergaya. Desain dia rilek, rendah, lebar dan dia punya kuasa memang dah sahlah laju tak ingat. Model R8 Spyder yang saya paparkan atas ini standard saja, kuasanya 525ps dari enjin V10 5.2 liter FSI. Harga di UK adalah GBP 111,995 untuk model manual manakala GBP 117,155 untuk model R tronic.

Tapi bosanlah cerita pasal kereta standard ni.

59592-a-aud-

Yang ini barulah betul, Audi R8 spesifikasi perlumbaan! Kereta ni guna badan gentian kaca, kotak gear resing [racing] dan siap sedia untuk berlumba di FIA GT3 European Championships.

Kereta ini dimiliki oleh United Autosports dari Yorkshire dengan harga GBP 267,000. Tapi itu sajalah maklumat yang saya dapat, gambar pun 2 keping saja dia bagi. Kalau dapat spesifikasi penuh bolehlah kita bandingkan dengan Honda HSV atau LFA. Maklumat lain yang ada ialah R8 ini dah menang 23 kali perlumbaan di Eropah pada tahun lepas.

Itu sahaja. Siaran media ala-ala Matpon, ringkas.

Sumber: Audi/Newspress.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: