Renault Twingo Gordini 100

Renault Twingo Gordini 100.01

Sebelum saya cerita panjang, nama Gordini pada Renault Twinggo merujuk kepada pembuat kereta sport Perancis. Pada era 50 an dulu Gordini merupakan pesaing tegar dalam formula satu. Hubungan Gordini dengan Renault pula berkait bila mana Gordini menala enjin kereta Renault dan akhirnya firma tersebut dibeli oleh Renault.

Renault Twingo Gordini 100.03

Terus ke tahun 2009, versi Gordini diperkenalkan untuk model Renaultsport Twingo dan Clio dan terbaru Twingo biasa kini turut di’Gordini’kan. Twingo Gordini 100 dikuasakan oleh enjin kecil tetapi berkuasa – 1.2 TCE atau Turbo Control Efficiency. Maka jadilah kereta kompak yang berkuasa, seronok dipandu dan paling penting tidak perlu pecah tabung untuk isi minyak. Enjin ini berkuasa 100hp pada 5,500 rpm dengan kelajuan maksimum kira-kira 188 km/j. Apa guna kereta kuat tetapi pengendalian gagal, chasis Gordini Twingo ini dikuatkan lagi dengan penyerap hentak dan sesendal lebih keras dan stereng yang dikalibrasi semula.

Renault Twingo Gordini 100.02

Selain daripada itu, tanda pengenalan Gordini adalah pada jalur perlumbaan berkembar [racing stripe] bermula dari bonet depan terus ke atas bumbung hinggalah bonet belakang. Kepada pembeli ada tiga opsyen warna badan yang ditawarkan iaitu iaitu Malta Blue, Pearlescent Black dan Glacier White. Pada bahagian interior pula, kerusinya menggunakan skema warna gelap dengan sulaman logo Gordini dan jahitan putih.

Akhir sekali kereta Eropah tidak ada kurangnya dengan kereta Jepun cuma di tempat kita kurang penala dan barang alat ganti mahal. Harga Twingo Gordini 100 lebih kurang RM 56 ribu. Kalau ada yang bawa half cut Twingo ini saya boleh jamin banyak Savvy yang kepish kepish nanti.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • Joule on 26/11/2010 at 10:41 AM
    • Reply

    Savvy tak ramai main ke..
    Potensi besar tu nak buat ala2 ‘tuner car’ macam kt eropah..
    Ke lagi ramai suke main Myvi JDM..

    • azwan nbs on 26/11/2010 at 11:42 AM
    • Reply

    apsal stripe dia kat belaj tepi….

    • yuri on 26/11/2010 at 8:02 PM
    • Reply

    statement savvy tu mmg btl
    klo ade D4FT/TCE
    mmg lame dh aku sumbat dlm perut savvy aku

    mat
    sok proton ade family day kt stadium shah alam
    jom ar join!

  1. Sebelum gua berfikir nak komen apa baik gua layan bantal dulu. Sekian.

    • megat putra kuning on 01/12/2010 at 9:17 AM
    • Reply

    sesape yg pakai savvy kebanyakkan yg aku jumpa semuanya hipokrit..
    kete xbest terpaksa kata best
    kete market 2nd jatuh gile…ttp dipuja
    ayat last….>sape pakai savvy tau le apa special dia..
    pastu jdik mcm tiara……..sekian……..

    mula2 ni okla…
    ada kelab savvy,savvy club,persatuan org pakai savvy,bla,bla..

    pas 4thun??ntah………..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.