Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX Terlibat Dalam Panggilan Semula

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi memaklumkan bahawa tiga model iaitu Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX terlibat dalam program panggilan semula untuk gantian peralatan secara percuma.

Berikut ialah maklumat lanjut mengenai program ini:

  1. Mitsubishi Pajero Exceed (Model buatan 2010 – 2014) – Inflator beg udara bahagian pemandu yang perlu diganti baharu. Inflator yang dibekalkan oleh Takata adalah sebahagian dari program gantian global di mana terdapat besi dalam inflator yang boleh dan telah mendatangkan kecederaan dan kematian.
  2. Mitsubishi Pajero Sport dan ASX (Pajero Sport 2010 – 2016), ASX 2010 – 2015)  – Gas spring but belakang boleh rosak akibat kekurangan lapisan anti karat.
  3. Mitsubishi ASX – Motor bilah penggilap perlu diganti di mana terdapat kemungkinan air memasuki dan merosakkan komponen dalaman menyebabkan ia tidak berfungsi.

MMM akan menghantar surat makluman kepada kesemua pemilik kenderaan yang terlibat. MMM turut memohon supaya pemilik menghubungi dan membuat temu janji dengan pusat servis Mitsubishi bagi menggantikan peralatan terjejas.

Maklumat lanjut tentang program ini dan senarai pusat servis boleh didapati di www.mitsubishi-motors.com.my atau dengan menghubungi talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi -5:00 petang) untuk bantuan segera.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.