Giorgetto Giugiaro: Kita Sembang Sikit Pasal Dia!

800px-Lotus_Esprit_06

Rasanya nama Giugiaro atau Italdesign sekarang ini lebih banyak disebut orang kita berbanding setengah tahun lalu. Semuanya gara-gara kereta konsep terbaru yang direka secara kerjasama dengan firma dari Itali tersebut. Bagi penggemar kereta buatan Eropah atau pengikut desain automotif nama Giugiaro adalah tidak asing bahkan beliau adalah lagenda yang masih hidup. Sepanjang kariernya, beliau telah mereka lebih dari 200 kereta.

Tapi ragam orang kita bila orang lain sebut Giugiaro kita pun nak sebut Giugiaro juga dan yang lebih parah mengadakan cerita yang tidak ada [yo-yo an]. Oleh itu bagi memberi sedikit input, saya nak kongsi cerita pasal Encik Giugiaro, kurang-kurang kalau berborak ada isi sikit.

Lotus Esprit S1 1977

Sejarah Proton dengan syarikat Itali sebenarnya bukan baru bermula, kalau kita perasan sejak zaman Tengku Mahaleel lagi DNA Itali sudah ada, perhatikan Proton Waja dengan Alfa Romeo 168 atau yang paling glamor Alfadana. Begitu juga pembelian MV Agusta yang dijual kembali pada harga RM4. Perodua juga tidak silap saya pernah mengupah firma Itali untuk merubah kancil lampu petak kepada model lampu bulat. Dan saya fikir tidak pelik sekiranya Proton ‘kembali’ kepada Itali untuk desain produknya bahkan hampir kesemua pembuat kereta mengupah firma Itali untuk desain kereta. Katalah anda seorang pereka kereta dan tiada idea untuk melukis, saya fikir jalan selamat ialah meniru desain Itali, lagi elok dari desain kereta dengan bumper hitam ala-ala Audi, Mitsubishi ataupun Naza Citra.

DeLorean DMC

Encik Giugiaro dah berusia hampir 71 tahun dan mereka kereta selama 53 tahun. Dicongak balik hasil kerjanya mereka kenderaan bernilai lebih kurang 60 juta. Rutin kerjanya bermula pada pukul 9 pagi sehinggalah dekat maghrib, kira-kira dalam pukul 7.30 malam.

“Hari normal kerja saya termasuklah berjam-jam meghadap papan lukisan, sejam mesyuarat dengan klien pasal projek dan masa selebihnya saya melihat dengan dekat pembinaan model dan prototaip,” kata Encik Giugiaro dalam temuramah dengan Automotive News Europe. Untuk menjimatkan masa dan mengekalkan kecergesan, Encik Giugiaro menggunakan basikal untuk bergerak dalam kampus pejabatnya yang terletak di luar Turin, Itali. Beliau juga berada di pejabat pada setiap Sabtu dan kalau nak siapkan projek, hari Ahad pun dia kerja juga.

5 dekad berkhidmat Encik Giugiaro adalah antara orang yang dihormati dalam industri automotif dan namanya tercatat dalam European Automotive Hall of Fame. Beliau juga dinamakan sebagai Pereka Abad ke 20 pada tahun 1999.

800px-1972alfaromeo1300gtfront

Selain dari itu, Encik Giugaro mempunyai idea yang revolusi, beliau mencadangkan kepada pembuat undang-undang supaya menghadkan saiz kereta kepada 4.5 meter panjang dan 1.7 meter tinggi dan katanya dengan saiz tersebut kereta akan lebih ringan dan pencemaran udara akan berkurangan. Kereta bersaiz 4.5 meter untuk pasaran premium manakala kereta bersaiz 3.5 meter dengan 5 penumpang untuk pasaran biasa. Beliau juga menyiapkan kereta dengan saiz tersebut dan banyak ruang diperolehi dan menurutnya bentuk lebih penting daripada saiz kereta.

“Saya rasa ianya kurang bijak untuk menilai kereta dan statusnya berdasarkan saiz, apa yang penting ialah yang membuatkan anda kelihatan berbeza adalah bentuk kereta – desainnya” kata Encik Giugiaro.

Selain dari itu, beliau juga seorang yang praktikal dalam rekaan kereta. “Saya tak pernah melakar atas kertas kosong kerana itu adalah seni, bukan desain. Saya kebiasannya berkerja mengikut lukisan teknikal, termasuklah platform dan kedudukan enjin untuk memastikan desain saya senada dengan ciri-ciri teknikal” kongsi beliau.

Walaupun begitu tidak semua yang beliau desain dikilangkan seperti kehendaknya, antara yang benar-benar asli adalah model pertama VW Golf dan Scirocco, Audi 80, barisan Fiat seperti Panda, Uno, Punto dan Grande Punto, Lancia Delta, Alfa Brera dan 159 dan Lexus GS300. Model-model lain banyak diubah oleh pelanggan dan merubah ‘semangat’ asal desain kereta tersebut.

Alfa Romeo 159

Berkongsi pengalaman lain, Encik Giugiaro mengatakan kadangkala pereka dilayan sebagai jurubedah yang dipercayai sepenuhnya dan kadangkala seperti kerani pasar, yang mana tidak menerima maklumbalas langsung tentang kualiti produknya.

Untuk masa depan Encik Giugiaro bercita-cita untuk menjadi perunding desain berbanding hanya setakat pereka. “Saya selalu diminta untuk memberi cadangan tetapi tidak untuk menjadi perunding, ini mungkin peluang yang bagus untuk memperkembangkan kerjaya saya pada masa hadapan” ujar beliau.

Sumber: Italdesign.it | Logo Giugiaro: Wikipedia/ChiemseeMan | Lotus Esprit: Wikipedia/Jeff Greenland | AlfaRome 1300GT: Wikipedia/Liftarn dengan lesen | Delorean DMC dengan lesen | Alfa Romeo 159: Wikipedia/Bravada

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 22/02/2010 at 8:50 AM
    • Reply

    gua first lagi…..

    Gua dulu cita2 mmg nk jadi designer keta,bnyak dah blajar,
    free hand sketches,rendering,prototaip model,3d software, &
    mcm2 lagi….

    best design2 nie…

    tpi tu la,gua xpenah dpt pluang…

    • Sekeru Longgaq on 22/02/2010 at 9:11 AM
    • Reply

    Kalau kat M’sia ni dah kira tangan emas,
    silap2 bleh dapat gelaran Tan Sri..

  1. dlu gua nk amik course engine n chasis development kat FMI xpon kt jepon
    cable dh bsr
    dh dpt pon
    jepon pon dpt gak
    biasiswa lg
    tp last UTM gak aku masok
    pasal awek xbg
    wakaka gile bodoh gua…

    • carragher27 on 22/02/2010 at 7:30 PM
    • Reply

    dezain iklan gua reti la..ingat nak sambung belajar jugak la.. jadi dezainer kereta pulak macam mamat ni

  2. wa plak suka design keta mcm Chip Foose…

    • on 23/02/2010 at 11:22 AM
    • Reply

    Dier ni lebih kurang mcm aku gak la…Suka design2 yg lebih kepada teknikal…Baru la boleh geng…

    • pendita_gila on 23/02/2010 at 1:49 PM
    • Reply

    gua tgh design baju artis2 untok anugerah mempelam

  3. desain tu ade dalam kamus dewan ke?

    • on 24/02/2010 at 11:23 AM
    • Reply

    C27…
    Biler nak TAXI ride nyer ni?…Kate ujung bulan 1 …ni dah nak ujung bulan 2 dah…

    • on 24/02/2010 at 11:45 AM
    • Reply

    mr hafis

    Tim, desain, gratis tiada dalam BM. Tetapi ada dalam Bahasa Indonesia bahkan bahasa sehari-hari.

    Untuk rujukan, sila klik: http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx

    Caparzo

    Lokasi masih menjadi masalah, SIC penuh untuk F1. Yang tinggal tempat Saladin di Sungai Buluh. Akan dimaklumkan selepas segalanya sah [confirm].

    • azwan nbs on 24/02/2010 at 4:22 PM
    • Reply

    tak kenal…tapi design dia memang best…

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.