Pengikut setia TopGear mesti ingat episod 3 skru TG pusing Vietnam naik motor. 2 buah motor yang dia orang guna tu sekarang ada di UK sebabnya Muzium Motor Kebangsaan dah pun beli motor-motor tu dari sebuah pusat lelongan. Pembelian 2 buah motor tersebut sempena pameran Dunia TopGear dan dengar kata sekarang ini tengah popular di sana.
Motor tersebut, Piaggio Vespa 150cc tahun 1967 dan Honda Cub 50cc tahun 1973 digunakan pada episod Vietnam Special dan segalanya bermula apabila Encik Jeremy, James dan Richard dicabar untuk pusing satu Vietnam dalam masa 8 hari.
3 skru TG bermula di Saigon dan mereka diberi 15 juta Dong Vietnam [VND] atau GBP 600 untuk beli kenderaan. Dengan duit banyak tu mana cukup nak beli kereta jadinya diaorang beli motor. Encik Jeremy beli Vespa, Encik James beli Honda Cub manakala Encik Richard pula beli motor Rusia Minsk 125.
Sebuah lagi motor iaitu Honda Chaly digunakan sebagai back up dan yang sedapnya diwarnakan dengan tema Captain America. Lepas tu bawa pusing Vietnam, memang stail sebab kalau nampak dengan saki baki Vietcong boleh ajak pekena teh sama-sama.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
ps: Takde ke pelabur yang budiman nak taja kitaorang buat program TV?
5 comments
Skip to comment form
jgn harap….add entri pon skit2 je…hahaha
nanti gua try tanya estro..untung2 derang nak buat program baru..
erm..best gak klau estro buat program Akedemi Kereta.. ajar pemuda pemudi jadi pomen terbaik..erm mat jadi pengetua.. amacam? ada berannn..??
mat penakot
motor tu klasik giler tu….mat tu bukan penakot tapi kecut hati…