Honda Jazz Terima Lebih Dari 1,300 Tempahan Dalam Masa 2 Minggu Selepas Pelancaran

Honda Jazz Facelift Malaysia

Honda Malaysia mengumumkan bahawa Jazz Petrol yang dilancarkan baru-baru ini telah menerima sambutan positif dari pasaran. Dalam masa dua minggu sahaja selepas pelancaran, Honda Jazz telah ditempah lebih dari 1,300 unit. Jumlah itu sudah melebihi sasaran jualan bulanan sebanyak 1,200 unit.

Varian paling popular – E

Honda Jazz Facelift Malaysia

Varian pertengahan ini paling digemari dengan dominasi hampir 40 peratus tempahan dari keseluruhan manakala varian V (premium) pula kedua tertinggi iaitu 32 peratus tempahan. Varian asas iaitu S pula sebanyak 28 peratus.

Wilayah paling tinggi – Lembah Klang

Lembah Klang dengan kepadatan penduduk yang tinggi mewakili 42 peratus tempahan. Tempat kedua pula dari Selatan sebanyak 21 peratus disusuli oleh wilayah Utara iaitu 18 peratus tempahan. Kawasan Pantai Timur dan Timur Malaysia pula masing-masing mencatat 13 dan enam peratus tempahan.

Warna paling digemari – Modern Steel Metallic

Warna ini paling banyak ditempah dan diikuti oleh Lunar Silver Metallic.

Kategori pembeli

Kebanyakan pembeli Honda Jazz petrol ialah mereka yang menaik taraf dari kereta lain, eksekutif muda dan pembeli kereta kedua.

Honda Jazz Facelift Malaysia

Honda Jazz Hybrid – Model popular di Jepun dan dijual di bawah RM90K di Malaysia

Honda Jazz Hybrid yang dilancarkan serentak dengan Jazz Petrol turut menerima sambutan positif dan pertanyaan dari pelanggan. Jazz Hybrid adalah satu-satunya model hibrid berharga RM90,000 di pasaran tempatan dan juga pasaran kedua di dunia dipasarkan selepas Jepun.

Jazz Hybrid adalah salah satu model hibrid popular di Jepun dan sehingga kini telah terjual lebih dari 660,000 unit di sana.

Tempoh penghantaran

Honda Jazz Facelift Malaysia

Honda Malaysia memberi jaminan tempoh penghantaran untuk kedua-dua model petrol dan hibrid adalah dalam masa sebulan. Mereka juga memberi jaminan tempoh penghantaran itu akan dibuat tanpa kompromi terhadap tahap kualiti pemasangan.

Harga (di atas jalan dengan insurans)

  • Honda Jazz gred S – RM74,800
  • Honda Jazz gred E – RM81,000
  • Honda Jazz gredd V – RM88,400

BACA: HONDA JAZZ RUPA BAHARU KINI DI PASARAN – RM74.8K HINGGA RM88.4K

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.