WRC Sweeden: Hirvonen Juara!

Mikko Hirvonen

Pemandu Mikko Hirvonen dan jurupandu arahnya dari BP Ford Abu Dhabi World Rally Team memulakan pusingan pertama FIA World Rally Championship 2010 dengan menjuarai Rally Sweeden hujung minggu lepas. Perlumbaan ‘atas ais’ yang berlangsung selama 3 hari tersebut merupakan kemenangan ke 74 Ford dalam sejarah WRC.

Ford Focus RS WRC

Rakan timnya, Jari-Matti Latvala dan jurupandu arah Miikka Anttila menamatkan tempat ketiga juga dengan kereta yang sama, Ford Focus RS WRC. Podium 1-3 yang dimenangi mereka membolehkan BP Ford Abu Dhabi mendahului kategori pembuat dengan 40 markah.

Rally Sweeden mempunyai 21 Special Stages [SS] dengan jarak keseluruhan 345.15km yang dilangsungkan di Varmland, sentral Sweeden. Suhunya mencecah negatif 22 darjah selsius.

Pusingan seterusnya adalah di Mexico dari 4 hingga 7 Mac.

Keputusan:

1. M Hirvonen/J Lehtinen: Ford Focus RC, 3j 9m 30.4s

2. S Loeb/D Elena: Citroen C4, 3j 10m 12.7s

3. J-M Latvala/M Anttila: Ford Focus RS, 3j 10m 45.8s

4. D Sordo/M Marti: Citroen C4, 3j 12m 12s

5. S Ogier/J Ingrassia: Citroen C4, 3j 13m 45.7s

Sumber: Ford

-Mak Uia-

ps: Kimi Raikkonen di tempat ke 30.

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • on February 17, 2010 at 1:50 pm
    • Reply

    Teman 1st…

    • eichang on February 17, 2010 at 2:38 pm
    • Reply

    kite punye satria neo s2000 x masuk race ke kali nie??

    • pelug on February 17, 2010 at 7:43 pm
    • Reply

    nombor berapa kita punya neo s2000??

    • pendita_gila on February 17, 2010 at 8:03 pm
    • Reply

    drag minggu ni turun semua

  1. biar Ford menang plak la tahun ni…

    ni asek Loeb jer…bosan!

    • pancit on February 18, 2010 at 8:33 am
    • Reply

    masa bla plak neo masok wrc?

    • azwan nbs on February 19, 2010 at 5:55 pm
    • Reply

    best tu kat mexico…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.