WRC Mexico: Sebastien Loeb Juara!

Sebastien Loeb

Sebastien Loeb dan jurupandu arahnya Daniel Elena dari tim Citroen Total menjuarai pusingan kedua FIA World Rally Championship 2010 di Mexico hujung minggu lepas. Perlumbaan ke ‘langit’ sehingga 2730 meter tinggi dengan udara yang sangat nipis menjadikan kereta kehilangan kuasa sekitar 30 peratus.

Citroen C4 WRC

Lebih manis apabila tempat kedua dan ketiga didominasi oleh rakan sepasukan Loeb seterusnya menidakkan Mikko Hirvonen dari BP Ford Abu Dhabi yang menjuarai Rally Sweeden bulan lepas. Petter Solberg di tempat kedua manakala Sebastien Ogier di tempat ketiga. Kesemua mereka memandu Citroen C4 WRC.

Kita baca sikit apa kata Loeb, “Kemenangan ini menjadikan kami lebih kuat,” kata beliau sebelum naik ke podium. “Kami mengawal perlumbaan kami dengan baik dan saya fikir kami boleh memandang ke depan pada perlumbaan akan datang dengan yakin kerana permukaan litar yang sama. Dan kemenangan menjadikan kami mendahului kejuaraan dan membuka jurang yang sedikit di hadapan Mikko Hirvonen. Ianya situasi yang bagus walaupun kami terpaksa ‘menyapu bersih’ jalan di Jordan,” akhiri Encik Loeb.

Ford Focus RS WRC

Perlumbaan seterusnya adalah Rally Jordan bermula 1 hingga 3 April depan.

Keputusan:

1. Loeb/Elena [Citroen C4]: 3j 42m 41.7s

2. P.Solberg/Mills [Citroen C4] + 24.2s

3. Ogier/Ingrassia [Citroen C4] + 25.3s

4. Hirvonen/Lehtinen [Ford Focus] + 1m 47.5s

5. Latvala/Anttila [Ford Focus] + 2m 15.1s

Ken Block = Terbabas masuk parit

Kimi Raikkonen = Tergolek berkali-kali

Sumber: Newspress/Citroen/Ford

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

1 ping

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on March 10, 2010 at 8:38 am
    • Reply

    CITROEN memang superb…

    • pak mat tempe on March 10, 2010 at 9:11 am
    • Reply

    gua 1st… hehehehe

    • ala lingkup on March 10, 2010 at 9:39 am
    • Reply

    boss ada info x pasal satria neo s2000 nya entri dlm irc gua tgk dlm astro x da pun neo s2000

    • on March 10, 2010 at 9:50 am
    • Reply

    Kepada Kimi Raikkonen…Benti je la bwk kete Rally…Lu bkn bagus mane pon…Bwk je kete F1 balik…Team F1 Perodua Cipan takde drebar nih…Ade bran?..

    • aseng on March 10, 2010 at 10:24 am
    • Reply

    kimi, lu ingat bawak kete wrc same ke ngan f1.. berenti je le, bawa moto gp plk.. ke goyang masuk corner.. huhu..

    • Joule on March 10, 2010 at 10:50 am
    • Reply

    Ken Block = Poyo , Perasan..

    Kimi Raikkonen = Sengal Udang..

    • jual air soya on March 10, 2010 at 12:07 pm
    • Reply

    kimi,ko jd cikgu driving school jela,ajar dak2 amik lesen kete..ken block leh jd tukang amik2 student kt umah nk g driving school..

    • on March 10, 2010 at 5:37 pm
    • Reply

    ken block mcm best..hampeh..
    bg aku drive g bagus..
    krate jepun knp senyap je ni..?

  1. hahaha apa hal dengan kent block tu. freestyle gempak abissssssssss tang tournament pun nak freestyle gak?

    • pok mat on March 10, 2010 at 10:24 pm
    • Reply

    o ada kesan eh pada perfomance kereta.

  2. boring ahh…dah takde muka lain yang menang…

  3. ITULA GUA HARAP SEKUTU BUAT PETISYEN PADA FIA SUH AMIK GUA. GUA NAK TANYA KIMI APA KES LU MACAM NI DALAM BAHASA FINLAND BARU DIA TAU MALAYSIA MACAMANA

  4. mat…lu call Kimi, main Malaysian Rally udah le…

  1. […] yang dilaporkan dalam entri WRC Mexico, Ken Block terbabas dan terus ‘terbang’ ke dalam parit. Tapi pemandu selebriti macam […]

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.