WRC Jepun 2010: Latvala Podium!

WRC 2010

Pasangan Tim Rali BP Ford Abu Dhabi Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila berjaya menafikan dominasi podium Citroen dengan menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Rali Dunia [WRC] Jepun hujung minggu lepas. Pada rali tersebut Citroen menduduki tempat pertama, kedua, keempat dan kelima.

WRC 2010

Rali Jepun kembali dalam kalendar kejohanan selepas setahun tidak dianjurkan, rali di kepulauan Hokkaido ini mempunyai 26 peringkat perlumbaan [SS] dengan jarak 303.54 km termasuklah di Sapporo Dome yang biasanya digunakan untuk perlawanan bola sepak dan bola lisut.

WRC 2010

Pada awal perlumbaan Latvala menduduki tempat keempat kemudian melonjak ke hadapan mendahului perlumbaan. Prestasinya kemudian merudum apabila driveshaft kanan keretanya patah semasa di dalam stadium dan beliau jatuh ke tempat kelima. Beliau kembali dengan gagah pada hari terakhir perlumbaan apabila berjaya naik kembali dengan menduduki tempat ketiga hinggalah tamat perlumbaan.

Seperti biasa perlumbaan ini dimenangi Citroen tetapi bukan disumbangkan oleh Sebastien Loeb. Beliau tamat di tempat kelima, juara dimenangi oleh Sebastien Ogier dan kemudian diikuti oleh otai rali indie, Petter Solberg.

Sumber: Ford

Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 17/09/2010 at 8:23 AM
    • Reply

    memang terbaik..xtau nak komen ape hu..hu..

    • azwan nbs on 17/09/2010 at 2:11 PM
    • Reply

    terlalu hebat untuk di komen…

    • smut_liar on 17/09/2010 at 2:44 PM
    • Reply

    laju btul keta citroen ni…

    • belalang_kontot on 18/09/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    kembang idung mat kacau….tiara beliau ade lg?hehe

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.