Wira Angkasa

Perh, sesekali gua bubuh tajuk mengancam macam ni pasti lu orang berasa curiga. Baiklah, untuk yang tahu dan rasanya ramai memang tak tahu, Wira Angkasa adalah merupakan sebuah filem pada tahun 1987 yang dilakon oleh pelakon popular pada zaman itu, Sabree Fadzil, Yusoff Haslam, Aznah Hamid dan juga Noreen Noor. Ianya berkisah tentang dua orang pemuda yang sama-sama masuk Tentera Udara . Perh, itu jam gua rasa cerita ini ada unsur-unsur Top Gun sikit. Kepada anak muda masa kini yang taktau tentang filem ni, gua rasa itu hari Astro ada buat ulang tayang cerita ni. Mungkin lu orang boleh request sama Astro suruh ulang tayang balik.

Ok, berbalik kepada cerita kereta yang gua paparkan ini, kereta ini sekali imbas memang tak nampak macam kereta. Lebih kepada jet pejuang. [Ada seorang brader ni gua terdengar dia sembang mengatakan ini adalah kereta Batman]. Pada perkiraan gua, kereta ini sebenarnya boleh tahan banyak juga dosanya sebab berjaya menipu ramai pengunjung untuk meneka kereta apakah ini. Memang hilang habis identiti asal.

Sewaktu gua membelek bahagian depan kereta, memang gua tak tahu langsung nak kata kereta apa. Kembang sana sini tak tentu hala. Sejengkal jari gua ini pun masih belum tentu menyamai jumlah pengembangan yang berlaku akibat daripada proses luluhawa yang telah terjadi ke atas kereta tersebut. [Gila punya tinggi tatabahasa yang gua guna] Bila gua cuba menjeling sikit bahagian lampu hadapan pun gua masih merasakan bahawa kereta ini memang telah berjaya memperdayakan gua tanpa mengesyaki bahawa kereta ini sebenarnya mempunyai IC tempatan.

 

Belek di bahagian belakang pun gua masih lagi berasa keliru. Pelik sepelik-peliknya. Gua tengok lampu belakang memang payah betul gua nak cam. Gua ingat, suruh jawab soalan SPM subjek Sejarah pun tidaklah sesusah macam ni. Entah mana dapat idea nak bubuh kit badan macam ni punya rupa pun gua tak faham. Tapi itulah dia, bila mana kepala otak berpaksikan kreatif, apa gaya pun boleh jadi. Cuma bila mana gua perhati di bahagian dalam kokpit, barulah gua tersedar akan keturunan sebenar kereta ini.

Untuk pengetahuan lu orang, kereta ini sebenarnya merupakan milik Adams Digital yang dijadikan sebagai kereta demo untuk mempamerkan kehebatan bunyi dodongceng sewaktu HIN itu hari. Dia punya bunyi ngam-ngam untuk mengejutkan orang yang liat bangun Subuh. Untuk pengetahuan lu orang juga, untuk membuka bonet dibahagian belakang tidaklah mudah di mana tenaga 3 orang jejaka yang gagah perkasa diperlukan. Memang berat.

Er, rasanya gua macam takde idea macam mana nak habiskan entri ni. Nak buat kesimpulan pun macam tak berapa nak reti. Hujung-hujung tahun ni kepala otak memang ada rasa tepu sikit. Jadi, lu orang silalah nak komen apa benda yang patut dikomen. Sekian, terima kasih.

-C27-

 

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • epi on 29/12/2011 at 9:41 AM
    • Reply

    lu xbgtau lg ni kereta apa…hehehehe

    • epi on 29/12/2011 at 9:41 AM
    • Reply

    eh,gua 1st ke…hahahaha

    • lateh on 29/12/2011 at 10:46 AM
    • Reply

    keta wira

  1. dodongceng = epic fail! …kehkehkeh

    • belalang_kontot on 29/12/2011 at 12:26 PM
    • Reply

    wira aeroback..
    lebih kurang cam wira aeroback geng2 AL Motorsport mase final battle KERETA Autoshow 2005..
    tula kali terakhir MK anjurkan autoshow…
    huhu…
    gua dulu fly dari asrama sebab tak dapat outing semata-mata nak g autoshow yg MK wat kat PD thn 2002…

    • Datsun Buah Kana on 29/12/2011 at 2:40 PM
    • Reply

    Lu memang tak de idea…. cuba buat entri pasal ‘Azam saya di tahun baru dari sudut pandangan sebuah kereta’… Kang gua tulis kang lu kena antar surat resign plak.

  2. biler lagi MK nak buat autoshow segempak Final Battle Autoshow 2005 mcm kat Stadium Putra Bkt Jalil tu?

    • smut_liar on 29/12/2011 at 10:37 PM
    • Reply

    wa rasa ini kreta nama gen2 sesumpah..
    happy new year…

    • perdanaburuk on 29/12/2011 at 11:41 PM
    • Reply

    Gua rase ini kereta klu anta ke angkasa lepas pun x brape nak lepas ni. Sekian, gua mau layan mata dulu……. Zzzzzzzzzzz……….

  3. Gua pikir sehari semalaman nak bubuh tajuk apa untuk entri ni..

    • BDS59 on 13/11/2013 at 12:29 PM
    • Reply

    x cantik pun.kereta gua lagi cantik

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.