Jan 26

Warna Baharu White Orchid Pearl Untuk Kenderaan Honda Segmen B

Honda Malaysia telah memperkenalkan warna baharu White Orchid Pearl bagi menggantikan warna Taffeta White yang digunakan pada kesemua model segmen B mereka.

Warna baharu tersebut akan digunakan pada model-model seperti Jazz, City, BR-V dan HR-V bermula dari minggu ketiga bulan Februari depan.

Warna White Orchid Pearl pertama kali digunakan pada model pemasangan tempatan (CKD) Civic dan kemudian Accord pada tahun 2016. Semenjak diperkenalkan warna tersebut menerima respon positif daripada pengguna.

Warna tersebut mewakili 38 peratus jualan untuk model Civic dan 33 peratus untuk model Accord.

Selain dua model tersebut, CR-V baharu turut popular dengan warna White Orchid Pearl di mana ia menyumbang 26 peratus jualan sehingga hari ini.

Selari dengan perkembangan itu, Honda Malaysia menambah penawaran warna tersebut untuk Jazz, City,  BR-V dan HR-V dengan sedikit penambahan harga. Untuk Jazz dan City, tambahan harga ialah sebanyak RM120 manakala BR-V dan H-RV pula ialah RM300.

Silakan kongsi:

Kata Anda//