VW Polo R WRC

VW Polo R WRC 2011.01

Selepas tiga tahun berturut-turut mencatat kemenangan di Rali Dakar, Volkswagen [VW] kini menetapkan sasaran baru dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC]. Dengan tiga pengeluar dalam WRC dan liputan media global, WRC menawarkan persekitaran yang menarik dan sangat kompetitif untuk VW. Mereka akan berlumba secara serius pada 2013 dengan model Polo R 1.6 liter TSI pacuan empat roda [4WD] berkuasa hampir 300 hp.

VW Polo R WRC 2011.03

WRC memerlukan komitmen teknologi yang pelbagai daripada pengeluar, kereta perlu disediakan untuk pelbagai jenis trek seperti tanah, aspal, salji dan lecak. Oleh itu kereta perlu tahan dalam keadaan cuaca yang sangat ekstrem dan berbeza-beza seperti panas membahang di Amerika Selatan dan bersalji di Scandinavia.

VW Polo R WRC 2011.02

Tahun ini juga menyaksikan peraturan baru berkuatkuasa, buat pertama kalinya enjin dengan sesaran maksimum 1600 cc, pancitan terus dan pengecas turbo dibenarkan bersaing. VW akan membina Polo R WRC dan mengharapkan pengalaman di dalam Rali Dakar dapat membantu pasukan bagi mencapai kejayaan dalam WRC. Bahkan VW sudah pun mempunyai beberapa kejayaan dalam perlumbaan rali seperti pada tahun 1986 di mana Kenneth Eriksson menjuarai WRC di dalam kategori grup A menggunakan kereta Golf GTI 16V.

Hakikatnya kenderaan WRC masa kini adalah ulangan semula kenderaan grup A lebih kurang dua dekad lalu apabila kereta produksi digunakan untuk berlumba.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 09/05/2011 at 8:46 AM
    • Reply

    Memang idea yg bagus kereta produksi buat race WRC. Tahniah gak kat Proton sebab buat Satria Neo utk race cenggini.
    Aku tgh tunggu Saga baru pulak digunakan utk race “halal” cenggini dan diikuti oleh Myvi dari Perodua.
    Maknanya, bagi peminat kereta-kereta sukan yang kurang berduit macam aku, boleh dapat idea lagi banyak utk hasilkan kereta sukan dari kereta-kereta produksi yg mampu milik…

    • audi on 10/05/2011 at 12:17 AM
    • Reply

    lawa klau bwat widebody cenggini…
    nampak smart.

  1. Perodua takmo join ke?…Myvi 1.5…kekekeh

    • gunners on 19/05/2011 at 2:50 PM
    • Reply

    Group A resurrected ah? ble nak resurrect balik Group B? haha… barula driver tahap dewa,bukan takat berkelas dunia dah…..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.