VW Polo 1.6 – RM87,888!

VW Polo 1.6 2014.01

Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah melancarkan VW Polo 1.6 iaitu model ketiga yang dipasang di Pekan, Pahang selepas Passat dan Polo Sedan. Pemasangan tempatan itu membolehkan Polo 1.6 atau yang sebelum ini dibekalkan dengan enjin 1.2 TSi dijual dengan harga lebih murah iaitu RM87,888. Lebih menarik, 500 pembeli terawal bakal menikmati harga istimewa iaitu RM85,888.

VW Polo 1.6 menggunakan nadi kuasa sama seperti Polo Sedan  berkuasa 105ps dan tork 153Nm. Berbeza dengan Polo 1.2 TSi yang menggunakan transmisi DSG, model baharu itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Tiptronik.

Dari segi keselematan pula, VW Polo 1.6 dibekalkan dua beg udara, Intelligent Crash Response System (ICRS), ABS dengan BA dan Park Distance Control (PDC). Terdapat lima pilihan warna iaitu putih, merah, kelabu, hitam dan perak. Tawaran baharu VW ini dengan gabungan Polo Sedan dijangka memeriahkan lagi persaingan di dalam segmen yang didominasi oleh Toyota Vios, Nissan Almera dan Honda City.

Muhammad

Kata Anda//