VW Polo 1.6 Hatchback CKD: Made in Pekan!

VW Polo 1.6 Hatchback 2013.02

VW bermula di pasaran tempatan dengan cemerlang, model seperti Golf, Golf GTi, Passat, Polo Hatchback dan Polo Sedan mendapat sambutan yang hangat. Polo Hatchback 1.2 TSi walaupun dipasarkan dengan harga premium tetap menerima respon yang positif dengan kesinambungan melalui pengenalan model Polo Sedan 1.6.

Walau bagaimanapun populariti kedua-dua model itu agak menurun jika diukur berdasarkan kurangnya nombor pendaftaran baharu yang berada di atas jalan. Mengikut pemerhatian juga Polo Hatchback dan Sedan juga kurang popular di dalam pasaran luar bandar. Boleh jadi harganya yang lebih tinggi daripada pesaing lain menjadi batu penghalang untuk kedua-dua model itu terus kekal popular. Sesuatu mesti dilakukan dan nampaknya VW sebelum ini sibuk bekerja di belakang tabir dan telah menyemak semula stratergi model paling kompak dan murah mereka.

VW Polo 1.6 Hatchback 2013.03

Hasil pertama dan sesuatu yang mengejutkan ialah beberapa minggu lepas apabila syarikat Jerman itu memperkenalkan Polo Sedan yang dipasang di Pekan, Pahang. Model itu dipasarkan pada harga yang setara dengan pesaing lain seperti Toyota Vios dan Honda City. Menambah lagi keseronokan dan keterujaan pasaran ialah apabila VW pada penghujung minggu lepas melancarkan pula Polo Hatchback 1.6 liter.

Polo 1.6 terbaru ini merupakan model ke-3 Volkwagen yang akan di pasang di dalam negara selepas pengenalan Passat pada bulan March 2012 dan Polo Sedan 2014 yang baru sahaja dilancarkan. Mensasarkan kepada golongan muda dan pembeli yang sukakan rekaan, kereta ini adalah lambang kepada usaha berterusan VW untuk memberikan rakyat Malaysia kenderaan berasaskan kejuruteraan Jerman yang mampu milik.

VW Polo 1.6 Hatchback 2013.01

Polo 1.6 terbaru ini menampilkan tahap pengendalian yang cemerlang dan mempunyai pelbagai ciri menarik seperti radio RCD 320, sistem penghawa dingin automatik “Climatronic’ dan Sistem Tindak balas Kemalangan Pintar (ICRS). Polo ini dipasangkan nadi yang sama seperti Polo Sedan iaitu enjin suntikan petrol 1.6l 105PS 16-Injap MPI yang menghamburkan kuasa tork maksima sebanyak 153Nm pada 3800rpm dan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic, Polo 1.6 baharu ini mempunyai rekod pengunaan bahan api sebanyak 6.3 liter/100km dan membolehkan pemandu mencapai jarak sejauh 15.9km bagi setiap liter.

New PO3113_R_E91-highres DI

“Dengan reka bentuk sporty dan dinamik, Polo 1.6 terbaru ini disasarkan kepada golongan muda atau pelanggan yang berjiwa muda,” kata Dr Zeno Kerschbaumer, Pengarah Urusan, Kumpulan Volkswagen Malaysia.

Harga jualan rasmi Polo 1.6 masih belum diumumkan dan khabarnya berada di dalam lingkungan RM90 ribu termasuk insurans.

Muhammad

Kata Anda//