VW Passat Baharu Dibuka Untuk Tempahan – Harga Bermula Dari RM160,000 hingga RM199,000

vw-passat-2016-01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk model utamanya, Volkswagen Passat serba baharu. Dengan anggaran harga bermula RM160,000 hingga RM199,000.00, Passat serba baharu hadir dalam tiga varian ā€“ Trendline, Comfortline dan Highline.

Model Highline dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 2.0L TSI dan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan. Ia mampu menjana kuasa yang mengagumkan iaitu 220PS dan tork 350Nm daripada 1,500rpm hingga 4,400rpm.

Di bawah hud varian Trendline dan Comfortline pula tersimpan enjin pengecas turbo 1.8L TSI yang dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan yang telah ditambah baik. Kombinasi ini menawarkan output kuasa mencecah 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250rpm hingga 5,000rpm.

Menjadi salah sebuah kereta paling inovatif dalam kelasnya, varian Highline Passat serba baharu dilengkapi sistem Paparan Info Aktif yang canggih. Ia merupakan satu kluster instrumen digital sepenuhnya yang menggantikan instrumentasi tradisional yang cukup interaktif dan boleh diubah suai.

Varian Highline turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti Dynamic Chassis Control (DCC), Electronic Differential Lock (XDS) dan Lane Assist. Untuk memberi lebih kemudahan, varian Highline dan Comfortline ditawarkan dengan ciri Park Assist yang membolehkan kenderaan diparkir sendiri di mana-mana ruang parkir selari atau menegak. Sementara ciri Easy Open pula ialah alat pengesan tanpa kunci yang membolehkan ruang kargo belakang dibuka secara automatik dengan hanya mengesan pergerakan kaki pemandu.

Passat serba baharu hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun dan didatangkan dalam tujuh warna ā€“ putih (Pure White), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), kelabu (Indium Grey), merah (Crimson Red), coklat (Black Oak Brown) dan biru (Harvard Blue).

Orang ramai dijemput untuk melihat Passat serba baharu semasa acara pra-tempahan hujung minggu yang istimewa pada 12 dan 13 November 2016, di bilik pameran Volkswagen di seluruh negara.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.