Volvo V40: Designed Around You!

Baru-baru ini di Geneva, Volvo Car Corporation secara rasminya mendedahkan kepada umum model hac lima pintu terbaharunya, V40. Model itu diposisikan di dalam segmen premium dengan rekaan mewah dan karakter kereta besar tetapi di dalam saiz kompak.

“Model V40 lima pintu dan lima tempat duduk adalah kesinambungan daripada model C30, ianya merupakan model pertama yang dibina berdasarkan strategi Designed Around You. Dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi ianya bakal mencabar pesaing-pesaing lain,” kata Stefan Jacoby, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car Corporation.

“Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan seluruh dunia untuk input yang diberikan, varian model V paling kompak kami merupakan adunan rekaan, keselamatan dan versatiliti. Kereta ini dipenuhi dengan ciri-ciri yang dimahukan oleh pembeli kereta mewah moden,” tambah Stefan.

Pengaruh Klasik

Bonet berbentuk V klasik dikemaskan lagi dengan garisan ekspresif yang lebih menonjol. Gril depan direka rendah dan lebar bagi menampakkan imej sporty dan rapat ke bumi. Rekaan berlekuk pada bahagian bawah kereta bukan sahaja menambah karakter badan bahkan turut mengalirkan angin untuk efek aerodinamik yang lebih baik. Lampu DRL (Daytime Running Lights) pula dipasang pada bahagian bawah bampar dan menghala ke atas jika dipandang dari depan. Lampu depan rekaan bilah pula mempunyai corak yang menarik di waktu malam.

Bahu badan kereta yang lebar bermula dari lampu depan dengan garisan yang tajam dan rekaan pada pintu belakang adalah warisan daripada model klasik P1800. Imej yang kuat pula boleh dilihat pada gugusan pintu belakang kereta. Silhouette bumbung kereta memberi impresi seolah-olah kereta condong ke depan seperti tidak sabar-sabar untuk bergerak. Rekaan lampu belakang yang menyerlah pula adalah sebahagian daripada DNA Volvo. Lampu tersebut diposisikan tinggi dan mengikut lekukan bahu badan kereta. Bonet belakang berbentuk heksagon yang pertama kali diperkenalkan pada model C30 dan diinspirasikan daripada model P1800ES juga merupakan signatur Volvo. Model V40 serba baharu itu turut dilengkapi dengan bumbung panorama yang besar, daripada cermin depan hinggalah ke belakang di mana ianya memberi efek keluasan pada interior kereta. Cermin bumbung itu ditinted dan direka bagi mengurangkan radiasi infrared ke dalam kereta. Bagi menghalang pancaran matahari, bidai fabrik yang dikawal secara elektronik pula boleh dibuka dari belakang ke depan seterusnya membolehkan penumpang belakang ‘berjemur’ di bawah cahaya matahari dan pada masa yang sama pemandu dan penumpang depan masih lagi boleh berteduh daripada pancaran cahaya.

Interior – Designed Around People

Interior V40 baharu ini direkabentuk dengan fokus pada manusia dengan pemberat pada ergonomik, keselesaan dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Panel instrumen yang lebar bersama-sama dengan rekabentuk pintu menjadikan kereta terasa lapang seperti kereta besar. Rekabentuk interior dibina bagi menawarkan pemandu dan penumpang atmosfera luas dan tenang dengan citarasa Scandinavian. Pemilihan material dan warna pula menekankan rasa mewah dan ketelitian.

Selain daripada itu, Volvo V40 turut menawarkan kepada pemandu opsyen grafik dengan tiga tema. Tema elegan memaparkan iluminasi ambar yang menampakkan aura yang tenang dan tradisional. Tema Eco pula mempunyai iluminasi latar belakang berwarna hijau bagi menampakkan efek alam sekitar. Meter Eco dipaparkan disebelah kiri dan pemandu akan dihadiahkan lampu hijau apabila kereta dipandu secara ekonomikal. Tema Performance pula mempunyai iluminasi latar belakang berwarna merah, sesuai dengan imej prestasi.

Enam Varian Enjin

Volvo V40 mempunyai penawaran enjin yang kompresif dengan sesaran kecil hinggalah besar sama ada diesel atau petrol, daripada output 115hp hinggalah 254hp untuk varian paling berkuasa. Enjin-enjin diesel yang ditawarkan ialah D2 1.6 liter berkuasa 115hp, D3 2.0 liter berkuasa 150hp dan D4 2.0 liter berkuasa 177hp. Enjin-enjin petrol yang ditawarkan pula ialah T3 1.6 liter berkuasa 150hp, T4 1.6 liter berkuasa 180hp dan akhir sekali T5 2.5 liter berkuasa 254hp.

Pasaran Eropah

Volvo mensasarkan untuk menjual 90 ribu unit setahun V40 serba baharu. Model itu secara primanya disasarkan untuk pasaran Eropah dengan 85 peratus daripada volum keseluruhan untuk benua itu. Antara pasaran besar yang dikenal pasti adalah United Kingdom, Jerman, Sweden, Perancis, Belgium, Itali, Belanda, Sepanyol, Jepun, China, Switzerland dan Australia. V40 baharu akan dibina dikilang produksi Volvo di Ghent, Belgium.

V40 Baharu – Model yang bakal menarik pelanggan non-tradisional jenama Sweden itu yang sinonim dengan rekabentuk bersegi dan keras.

Newspress

-Md Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. Gua 1st
    Punya panjang entri kali ni.
    Volvo mmg paling terbaik. Keras x ingat punya……

  2. iconic nye volvo ni adalah ade pada shoulder side profile design nya.

    sebagai contoh klu luorag btul2 buat pemrhatian model dri Volvo 780 (1987) smpila Volvo V40 (2013..future design direction) ade mgekalkn sholder tersebut.

    Gua berani katakn disini, Volvo adalah syarikat pembuat kete yg pling berpegang pada prinsip rekaan simentik disamping mengekalkn benchmark dari model2 yg terlalu dengan jayanya.

    tu bru bab design der. klu bab keselamatan pon dorg gak menang. Mgg terbaik la volvo nih.

  3. Takashi……..dlm byk2 lu taip satu nama gua pun tade. Okkkkkkkkkk.

    Lu tak tau ke gua ada Veyronnnnnnn? Ni gua malas nak riak ni. Keadaan memaksa gua bersikap begini.

    Ok.

Kata Anda//