Volvo V40 Cross Country Baharu

Pada tahun 1997, Volvo Car Corporation telah membuka segmen baharu dengan pengenalan model V70 Cross Country. 15 tahun kemudian, Volvo mengimbas kembali pencapaian tersebut dengan memperkenalkan model terbaharu V40 Cross Country yang merupakan adunan rekabentuk yang rugged dan elegan di dalam kenderaan segmen C premium.

“V40 Cross Country dibina berdasarkan warisan yang dimulakan V70 Cross Country pada tahun 1997. Ianya direkabentuk untuk mereka yang mahukan elemen pengembaraan di dalam kehidupan seharian,” kata Lex Kerssemakers, Naib Presiden Kanan, Strategi Produk dan Pengurusan Barisan Kenderaan, Volvo Car Corporation. Tambah beliau lagi.”Dan apabila anda mahu lari dari bandar, ianya bersesuaian untuk membawa anda dan peralatan pengembaraan ke lokasi kembara dan kembali semula ke bandar…”

Sesuai dengan imej lasak, V40 Cross Country adalah 40mm lebih tinggi berbanding V40 standard. Lagak tersebut disumbang oleh roda yang sama saiz dengan model Volvo V70 termasuklah rim bersaiz hingga 19 inci.

V40 baharu ini dilengkapi dengan sistem All Wheel Drive yang dipakejkan kepada varian T5 turbo petrol bagi menyokong keupayaan sewaktu memandu di pelbagai keadaan jalan raya dan cuaca.

Enjin lima silinder 2.5 T5 mempunyai kuasa output sebanyak 254 hp dengan 400 Nm tork termasuk 40 Nm overboost sewaktu pecutan. Ianya didatangkan dengan transmisi automatik dan pecutan darfipada 0.-100 km/h ialah 6.1 saat. Penggunaan minyak yang dicatat pula ialah 7.8l/100 EU Combined).

Untuk mereka mahukan kuasa enjin yang lebih rendah, T5 turut didatangkan dengan versi 2.0 liter dengan kuasa 213 hp dan tork 300 Nm pada sesetengah pasaran.

Jika itu masih besar, pembeli boleh memilih enjin T4, 1.6 liter GTDI dengan kuasa maksimum 180hp dengan 270 Nm tork termasuklah 30 Nm semasa pecutan. Pengunaan minyak pula ialah 5.5l/100km.

Model T4 2.0 liter pula boleh dibeli dengan enjin  5 silinder berkuasa 180 HP dengan 300 Nm torque pada sesetengah pasaran.

Volvo Car Corporation mensasarkan untuk menjual model ini sebanyak 17,000 unit setahun di mana 50% daripadanya untuk pelanggan Eropah dan 30% untuk pelanggan China.

Volvo V40 Cross Country akan dibina di kilang Volvo di Ghent, Belgium. Produksi akan bermula pada November 2012.

Muhammad

Kata Anda//