Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription CKD Kini Sudah Boleh Ditempah

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription yang dipasang di kilang Shah Alam sudah sedia untuk ditempah pada harga RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans).

Volvo S90 sebelum ini diimport (CBU) dan dipasarkan melalui dua varian iaitu V90 dan S90 T6 AWD R-Design.

Harga yang jauh berbeza daripada model CBU ialah kerana S90 CKD ini menggunakan enjin hibrid T8 Twin Engine yang turut boleh dicaj menggunakan kuasa elektrik (Plug-in Hybrid Electric Vehicles).

Kuasa enjin berkembar S90 T8 ialah 407hp dengan tork setinggi 640Nm yang dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan automatik. Ia mampu memecut sehingga 100 km/j hanya dalam 4.8 saat sahaja.

Pemasangan di kilang Shah Alam juga membolehkan S90 T8 dieskport ke beberapa pasaran terpilih seperti yang dilakukan untuk model XC90 T8 sebelum ini. Kemudahan di Shah Alam juga selari dengan perancangan Volvo untuk memasarkan kenderaan hibrid di peringkat global pada masa depan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.