Mar 26

Volvo S90 dan V90 kini di pasaran – Sedan dan Wagon premium berharga RM389K dan RM394K

Volvo V90 T5

Selepas kejayaan Volvo XC90 T8 Twin Engine, Volvo Car Malaysia melancarkan model baharu S90 sedan dan V90 wagon T5. Volvo S90 dan Volvo V90 itu dibina menggunakan pelantar Scalable Product Architecture (SPA) dan mewakili fasa kedua program transformasi Volvo.

Volvo S90 dan V90 merupakan produk baharu Volvo bagi menyaingi segmen premium DE dengan tradisi kemewahan Scandinavian melalui penggunan bahan semula jadi, ergonomik, rekabentuk berfungsi dan turut disertakan inovasi teknologi maju.

“Idea Volvo ialah untuk menawarkan sesuatu yang langsung berbeza dengan segmen yang agak konservatif ini dan menawarkan produk yang tampak menyerlah dan menyakinkan dan pada masa yang sama bahagian dalaman yang serba mewah,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, En. Lennart Stegland.

Volvo V90 T5

Volvo telah mengambil langkah yang besar dalam membangunkan ciri-ciri keselesaan kedua-dua model baharu itu serta dinamik pemanduan dan pengendalian apabila ia telah membentuk semula pengalaman pemanduan daripada asas untuk menawarkan sesuatu yang kemas dengan pengendalian yang menarik selain keselesaan.

Daripada luaran, kedua-dua model mempunyai penampilan dengan perkadaran menarik, lebih rendah, panjang serta lebih lebar berbanding pesaing lain dalam segmen sama.

Sama seperti XC90, dua model baharu itu menampilkan wajah baharu Volvo selain daripada adunan gayaan klasik. Ciri-ciri utama yang sudah menjadi identiti Volvo ialah lampu utama LED ala tukul Thor, jeriji dan logo baharu. Di belakang pula barisan perkataan Volvo merentasi pintu but.

Volvo S90 dan V90 ditawarkan dalam dua varian iaitu T5 dan T6 R-Design. Enjin 2.0 liter turbo T5 berkuasa 254 hp pada 5,500 rpm dengan tork maksimum 350 Nm dari 1,500 hingga 4,800 rpm.

Majlis pelancaran Volvo S90/V90 T5.Silakan like/double tap.gt//tv.#volvomalaysia #volvos90 #volvov90 #gttv #geartinggitv #geartinggi

Posted by GearTinggi.com on 25hb Mac 2017

Video pelancaran Volvo S90/V90 T5 – gt//tv (GearTinggiTV)

Selain daripada itu, pengenalan V90 pula adalah lambang kembalinya kenderaan wagon dalam barisan produk Volvo dan ia adalah satu-satunya model dalam segmen DE premium.

“Pengenalan V90 adalah penghormatan kepada warisan dan sejarah kami dalam segmen ini. Kami sedar, pasaran kereta wagon begitu kecil di Malaysia namun kami melihat kepada pengembangan mereka yang mempunyai gaya hidup aktif di sini dan kami percaya semakin ramai yang akan menyukai kereta jenis ini, ” tambah En. Stegland.

Seperti kelaziman kenderaan Volvo, kedua-dua S90 dan V90 dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan. Pakej standard terdiri daripada City Satefy, sistem Automatic Emergency Braking (AEB) yang dapat mengesan dan mengelak kemalangan dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

Ciri standard lain ialah teknologi separa kendiri (semi-autonomous) iaitu Pilot Assist. Sistem tersebut akan memberi bantuan kepada stereng supaya kereta kekal dalam lorong pemanduan mengikut garisan permukaan jalan dan mampu berfungsi sehingga kelajuan 130 km/j sambil mengekalkan jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan oleh pemandu.

Volvo V90 T5

Untuk pilihan warna, terdapat empat pilihan warna iaitu Onyx Black, Ice White, Osmium Grey dan Bright Silver. Pelanggan varian T5 pula ditawarkan satu warna eksklusif iaittu Mussel Blue.

Untuk bahagian dalaman pula, pelanggan boleh memilih tiga warna iaitu Charcoal, Amber dan Blond dengan gabungan warna kemasan iaitu Iron Ore atau Dark Flame Birch.

Harga di atas jalan termasuk CBP/GST (tanpa insurans) untuk model S90 T5 ialah RM388,888 dan RM393,888 untuk model V90 T5.

Gambar Volvo S90 T5

Gambar Volvo V90 T5

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.