Volvo S60 & V60 R-Design

Volvo S60 R-Design02

Walaupun Volvo ni jenama sopan-sopan dan untuk mereka yang mementingkan keselamatan tetapi kita jangan lupa disebalik apa jenama kereta pun mesti ada kaki yang jenis gila mod. Jenis belajar tinggi-tinggi sebab nak buat kereta lumba tetapi bila dah kerja tersangkut pula buat kereta kebanyakan. Bila bos bagi projek buat kereta spek lumba memang gembira bukan main. Dapat lepas stim.

Terbaru Volvo Car UK memperkenalkan S60 dan V60 versi R-Design yang dikatakan mampu memberi pengalaman pemanduan dinamik. Walau bagaimanapun masalah dengan model versi istimewa ialah terhad untuk model paling atas sahaja bermakna pembeli spesifikasi rendah nganga saja lah. Dalam kes ini Volvo menawarkan versi R-Design untuk semua varian bermula dari model 2.0 hinggalah T6 dan secara totalnya ada enam pilihan enjin iaitu empat petrol dan dua diesel.

Volvo V60 R-Design01

Pakej R-Design terdiri daripada kusyen perehat kepala dengan lebih sokongan pada bahagian sisi, fasia depan baru, paip ekor [tail pipe] berkembar dan rim lima jejari yang dicanai berlian [Diamond cut] bersaiz 18 inci. Perapian interior pula berwarna gelap dan seramik ataupun serba hitam dengan kedua-duanya mempunyai sulaman kontras. Turut termasuk dalam pakej ialah stereng, pemilih gear, pedal dan karpet lantai.

Casis turut diusik dengan topang [strut brace] dipasang untuk menguatkan lagi struktur badan dan pada bahagian belakang pula dipasang penyerap hentak tiub tunggal [mono tube] yang berbeza dengan penyerap hentak berkembar untuk model biasa. Penyerap hentak jenis tunggal dikatakan mempunyai respon yang lebih baik berbanding jenis berkembar. Tak kena rasanya kalau kereta nampak garang tapi jinjang, bukan kereta rali ni Jo, apa yang Jurutera buat ialah merendahkan spring sebanyak 15 mm dan meningkatkan kadar kekerasan 15 peratus lebih dari model biasa.

Suka saya nak cerita kat sini ialah tentang sesendal [bushing] yang banyak membantu dalam penalaan casis. Sesendal yang dipasang model R-Design ini 20 peratus lebih kenyal dan pada bahagian sesetangah bahagian 400 peratus lebih kenyal untuk bertindak balas terhadap lantunan roda dan goncangan. Lebih kenyal sesendal lebih kurang ayunan dan olengan kenderaan.

Selain dari itu, sistem elektronik pengendalian kenderaan turut ditambah baik dengan penggunaan Pengawal Traksi Selekoh [Corner Traction Control] baru yang memperhalusi lagi Pengawal Traksi dan Kestabilan Dinamik [Dynamic Stability and Traction Control]. Apabila membelok roda bahagian dalam dibrek dan lebih kuasa diagihkan kepada roda luar dan memberikan pengendalian yang lebih ‘ketat’ pada selekoh dan mengurangkan pembelokan kurang [understeer].

Perenggan di atas mungkin terlalu teknikal tetapi spesifikasi di bawah lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Dan saya harap lebih banyak foto boleh dipamerkan sebab Volvo baru ini memang cun!


Petrol engines Displacement Configuration Output Torque
T6 3.0 6-cyl in-line 304 bhp 440 Nm
T5 2.0 4-cyl in-line 240 bhp 320 Nm
T4 1.6 4 cyl in-line 180 bhp 240 Nm
T3 1.6 4-cyl in-line 150 bhp 240 Nm
Diesel engines Displacement Configuration Output Torque
D5 2.4 5-cyl in-line 205 bhp 420 Nm
D3 2.0 5-cyl in-line 163 bhp 400 Nm

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 22/09/2010 at 1:30 PM
    • Reply

    kalau kerosakan berlaku adakah anda pergi ke pusat servis volvo atau atau pomen bawah pokok

  1. Smart & mantap…

    • kete_hitam on 22/09/2010 at 6:21 PM
    • Reply

    apsal depan dia dah macam kete korea jer?

    • belalang_kontot on 22/09/2010 at 8:44 PM
    • Reply

    1.6 ade?larat ke?kalo larat mesti best…sebab roadtax murah…huhu…

    • myvi_sebu on 23/09/2010 at 3:12 AM
    • Reply

    bukan kereta ni mcm kereta korea punyer design..
    tapi kereta korea yg cedok idea kereta diorang ni
    designer kereta korea pun mmg ramai dari europe..

    • e-pi on 23/09/2010 at 2:10 PM
    • Reply

    msuk malaysia ke tak nie…hmmm

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.