Volvo S60 T6 Kini Diberi Status EEV – RM42 Ribu Lebih Rendah!

Volvo S60 T6 GT.2016.07

Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa Volvo S60 T6 diberi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan. S60 T6 kini termasuk di dalam barisan EEV Volvo lain seperti XC60 dan V40 T5 Drive-E dengan harga yang lebih rendah.

Status EEV itu adalah refleksi kepada keupayaan nadi kuasa baharu Drive-E Volvo yang menjanjikan peningkatan kuasa tanpa mengorbankan penggunaan bahan api dan kenaikan emisi berbahaya.

S60 T6 mempunyai prestasi mengagumkan di dalam kelasnya dengan keupayaan memecut 0-100km/j dalam 5.9 saat. Kuasa itu dibekalkan oleh gabungan supercaj dan pengecas turbo yang dizahirkan secara bersahaja dengan kuasa tork tinggi pada serakan yang lebih luas.

Enjin T6 pada S60 berkuasa 306hp pada 5,600 rpm dengan tork maksimum 400 Nm di antara 2,100 hingga 4,800 rpm. Kuasa itu dibahagikan oleh transmisi 8 kelajuan automatik dengan 2 overdrive yang mampu menjimatkan bahan api dalam kelajuan konsisten.

S60 T6 juga mempunyai keupayaan dinamik yang ditambah baik berbanding model dahulu di mana kini ia lebih responsif tanpa mengabaikan keselesaan pemanduan.

Harga dengan CBP tanpa insurans Volvo S60 T6 ialah RM238,888, penurunan sebanyak RM42 ribu berbanding RM280,888 sebelum mendapat status EEV.

Klik pautan ini untuk mengetahui laporan pandu uji Volvo S60 T6.

Silakan kongsi:

1 comment

  1. axia 2023 terbaik.. dengan penjimatan minyak 27.4km/liter

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.