Volvo S60 T6 Dari Heico Sportiv!

Volvo S60 T6 Design by Heico Sportiv05

Tersebutlah kisah dulu-dulu desain kereta Volvo adalah keras, bersegi dan serius. Sekarang desainnya lebih mellow seperti fasia yang bulat dengan lengkungan lembut, mungkin ikut undang-undang pelanggaran pejalan kaki agaknya. Walau bagaimanapun saingan sengit dalam pasaran lokal menyebabkan kereta Volvo dah tak semeriah dulu dan jika diimbas kembali jenama inilah yang digunakan sebagai kereta Polis, peronda lebuhraya ataupun kereta rasmi bos-bos. Di peringkat global Volvo sudah bertukar hak milik dari Ford kepada Geely dan syarikat dari China tersebut sedang menikmati buah-buah yang telah dibaja oleh Ford dengan barisan model-model baru yang menarik  dan dengan pelbagai teknologi terkini.

Volvo S60 T6 Design by Heico Sportiv01

Seperkara tentang kereta Eropah ialah bila dipasang kit badan, penampilan yang skema berubah kepada kemas, garang dan macho. Terbaru, penala yang terkenal dengan produk Volvo, Heico Sportiv telah ‘mengerjakan’ model T6 dan hanya akan menawarkan kepada pasaran 100 unit sahaja.

Enjin petrol enam silinder turbo kereta ini telah dipakej kembali dengan teknologi Sportiv e.motion yang bermaksud “efficiency in motion” di mana ianya mempunyai tambahan unit kawalan enjin dan sistem pengurusan enjin semakan semula. Kuasa terbaru T6 ini ialah 330ps dengan tork  460Nm pada 2100 hingga 4500 rpm. Seterusnya badan kereta direndahkan 30mm dengan bantuan gegelung sport manakala pengendalian kereta dijamin oleh pacuan semua roda [AWD].

Volvo S60 T6 Design by Heico Sportiv04

Rim yang digunakan pada Volvo Heico ini bersaiz 19 inci dipadankan dengan tayar Pirelli, penampilan luaran ditambah perisa dengan spoiler depan pada dua sisi bumper dan diffuser belakang yang diperbuat dari plastik ultra ringan dan gentian kaca. Plat nombor siri pula dilekatkan di dalam kereta sebagai simbol edisi terhad.

Untuk pengetahuan sekutu, Heico adalah penala yang sinonim dengan Volvo dan sudah lebih 20 tahun mengekstrak kuasa dan merubah penampilan kereta dari Sweden ini.

Sumber: Volvo

-Mak Uia-

Muhammad

6 Comments

  1. Detail dan kemas.
    Selamat Hari Raya AidilFitri,
    Maaf zahir batin.
    Utk Sekutu sekalian Berhati-hati ketika memandu
    INGAT ORANG TERSAYANG

Kata Anda//