Volvo R Design: S60, V60 dan XC60

668056_48330_1_5

Varian baharu R-Design untuk barisan model Volvo seperti S60, V60 dan XC60 menampilkan rekaan sporty, pemanduan dinamik dan kuasa enjin yang dinaiktaraf kepada 329hp melalui pakej prestasi Polestar.

“Model R-Design baharu adalah padanan sempurna untuk mereka yang mahukan prestasi dengan perincian yang sempurna. Melalui model baharu S60, V60 dan XC90 R-Design, kami telah merubah model-model popular itu dengan fokus kepada perincian,” kata Doug Speck, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan, Volvo Group.

“S60 dan V60 R-Design dengan casis yang rendah, enjin T6 dan rim opsyen 19 inci adalah pakej yang tepat. Dikontrakan dengan kerusi sport baharu membolehkan pemandu menikmati pemandua yang selesa disebalik peningkatan prestasi kereta,” tambah Doug Speck.

668032_48327_1_5

Ketiga-tiga model R-Design dirias semula dengan wajah baharu. Bampar depan lebih agresif dengan gril tanpa bingkai berwarna Tech Matte Black dan disempurnakan dengan bilah dan logo yang elegan dan ditambah pula dengan lencana R-Design sebagai lambang prestasi. Lampu DRL pada sisi bampar pula memberi efek kereta yang rapat ke bumi.

“Arca roda depan adalah antara perincian kecil yang menaikkan lagi aura sporty yang membalut roda jenis Ixion dengan saiz 19 inci untuk model S60 dan V60 manakala model XC60 pula bersaiz 20 inci,” kata Fedde Talsma, Pengarah Rekaan Luaran. Di belakang pula, peralatan R-Design terdiri daripada peresap dengan rekaan yang unik dengan sirip aero serta tailpipe berkembar.

Dibahagian interior pula dipasangkan kerusi sport yang dibaluti dengan tekstil Nubuck dan kulit. Logo R pula disulam dengan warna biru. Terdapat juga opsyen kerusi yang dibalut kulit sepenuhnya kecuali untuk varian R-Design Lux yang didatangkan standard.

668013_LeadImage48326_1_5

“Dengan sisi kerusi yang memeluk pemandu daripada pinggang ke bahu, kerusi baharu itu memberi sokongan untuk menikmati pemanduan di samping mengekalkan keselesaan yang merupakan ciri tradisional Volvo sejak berpuluh tahun dulu, kata Doug Speck.

Meter paparan yang dipanggil Adaptive Digital Display pula mempunyai opsyen tiga fungsi iaitu Elegance, Eco dan Performance. Untuk model R-Design, mode Elegance mempunyai efek warna biru. Pasukan pereka banyak memberi perhatian kepada perincian interior yang memberi aura R-Design.

Bercakap mengenai kuasa pula, model-model R-Design dipasangkan dengan enjin yang sama seperti model standard seperti D2 diesel berkuasa 115hp (kecuali untuk model XC60) hinggalah ke enjin 3.0 liter 6 silinder T6 petrol turbo berkuasa 304hp dengan tork 440 Nm. Pembeli T6 boleh menambah lagi kuasa kepada 329hp dengan memilih opsyen perisian Polestar. Pecutan pegun ke 100km/j untuk model T6 S60 yang menggunakan paddle shift baharu dengan Sport mode telah ditingkatkan kepada 5.9 saat daripada 6.1 saat. Untuk model V60 T6 pula ialah 6.0 saat turun daripada 6.2 saat manakala model XC60 T6 pula mengambil masa 6.9 saat berbanding 7.3 saat.

668037_48328_1_5

Casis R-Design telah direndahkan kepada 15mm manakala kekenyalan spring pula ditingkatkan kepada 15 peratus lebih tinggi berbanding model standard S60 dan V60. Perubahan itu memberikan lebih keseronokan dengan kawalan penuh. Turut dipasangkan ialah palang yang mengikat suspensi untuk struktur badan yang lebih tegar. Perubahan casis yang tegar pula dibuat tanpa menjejaskan keselesaan dengan spring penyerap hentak dan palang anti olengan telah dilaras dan ditala untuk lebih ‘firm’ dan seimbang. Hasilnya, pemanduan lebih terkawal, sporty dan mencengkam jalan.

Sama seperti varian standard, pelbagai sistem elektronik turut dikekalkan untuk menyokong pemanduan yang lebih sporty. Corner Traction Control yang menggunakan ‘torque vectoring’ bagi mengambil selekoh dengan lebih tepat kini merupakan ciri standard XC60. DSTC atau Dynamic Stability and Traction Control pula mempunyai beberapa fungsi seperti Advanced Stability Control yang mengelak gelinciran (spin), Engine Drag Control yang berfungsi apabila tayar kehilangan cengkaman sewaktu enjin membrek atau permukaan jalan licin. DSTC turut mempunyai talaan sport yang membolehkan pemandu menutup fungsi anti-spin.

668008_48325_1_5

Menurut Volvo, model S60, V60 dan XC60 R-Design boleh didapati di kesemua pasaran yang mempunyai varian standard. Volvo Cars menjangkakan jualan varian ini sebanyak 10 peratus daripada pelanggan manakala 30 peratus di pasaran terpilih seperti United Kingdom dan Australia. Untuk pasaran tempatan pula, Volvo ada menjual kit badan S60 R-Design dan menariknya terdapat juga pakej naik taraf Polestar dengan harga promosi kira-kira RM5 ribu. Selain daripada itu, bakal dipasarkan beberapa bulan lagi ialah model V40 CKD dengan harga yang agak menarik. Sudah sampai masanya pasaran memberi perhatian semula kepada Volvo era baharu dengan falsafah “Designed Around You”!

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.