Volvo FMX: Lori Pasir!

Volvo FMX

Saya sukakan lori, dan sebab itu ada beberapa artikel mengenai lori dalam GT. Dan kali ini saya nak kongsi dengan sekutu, Volvo FMX lori yang direka khusus untuk pembinaan, angkut pasir sungai atau tanah dan kerja-kerja kuari. FMX baru ini menampilkan beberapa perubahan terutama sekali pada eksterior dengan bahagian depan yang agresif, gril baru, bampar besi, dan bull bar seterusnya menjadikan kepala lori ini nampak rugged dan moden.

Volvo FMX

Volvo FMX dibina dari platform FM [macam artikel lepas] yang terbukti dalam industri pembinaan yang mencabar. Pembeli boleh memilih enjin 11 liter[!] dengan kuasa 330hp – 450hp atau 13 liter[!] dengan kuasa 380hp – 500hp. Model baru ini dilengkapi dengan kotak gear I-Shift dengan sensor bebanan yang memberi maklumat muatan kepada kotak gear untuk seleksi gear yang optimum dan lancar.

Dalam pasaran tempatan lori tangki jenama Volvo FM memang dah banyak atas jalanraya tapi lori jenis FMX saya tak pernah selisih lagi. Kalau ada memang terer dan saya rasa pemandu lori tu mesti seronok dan asyik senyum saja sebab dapat lori baru dan canggih.

Kalau Matpon macam biasalah, memang riak satu taman.

Foto: Newspress/Volvo

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • YEH on June 4, 2010 at 1:01 pm
    • Reply

    HAHAHAHAHAA.aku suka lori jgk…1st

  1. autoshow lori takde ke… nak gak tgk lori makeup2

    • h369 on June 5, 2010 at 12:22 am
    • Reply

    kalo ada tipper volvo nie kt malaysia aku pon nk jd drebar lori pasir sbb pakai gear auto.

    • on June 5, 2010 at 12:49 am
    • Reply

    Kat mesia org bnyk curik pasir pkai lori antu…

    • Own on June 5, 2010 at 12:51 am
    • Reply

    Mat gua pun mcm lu..tp kwn-kwn cakap minat gua pelik…diaorang minat Af, mana tau ni semua….

    • azwan nbs on June 5, 2010 at 1:22 am
    • Reply

    bole buat race drag tak lori nie matpon…?

    • azhar on June 5, 2010 at 9:37 pm
    • Reply

    memang cangih tapi nak menilai dengan harga n keadaan muka bumi malaysia nie..fuhh..tokey2 kuari pown kene pikir banyak kali ooo…

    • kadap on June 7, 2010 at 10:45 am
    • Reply

    berapa harga?

    • apis on June 7, 2010 at 2:13 pm
    • Reply

    canggih…………
    kalau cam 2 makin ramai`h org curi pasir…..
    hohoho….

    • on June 7, 2010 at 5:09 pm
    • Reply

    kalo bawak balik kampung…layan kat highway best nih..sambil isap rokok semporna hijo…pastu dgr lagu dangdut Inul goyang gerudi…waduh…best bangatttt…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.