Volkswagen Tiguan baharu kini dibuka untuk tempahan – RM149K hingga RM169K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Tiguan serba baharu. Volkswagen Tiguan yang dipasang di Pekan, Pahang itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000 dan ia bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Lebih menarik apabila, VPCM menawarkan RM7,000 buat pelanggan terawal Tiguan serba baharu dalam jumlah terhad.

Volkswagen Tiguan baharu tampak mengagumkan menerusi rekaan elegan yang menyerlahkan aspek kuasa dan autoritinya. Model baharu lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model terdahulu dan reka bentuknya sudah pun diiktiraf apabila menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017.

Volkswagen Tiguan 2017

Rekaan dalaman Tiguan serba baharu juga hadir dengan tahap keselesaan dan kemewahan seperti model-model premium Volkswagen lain. Antaranya termasuklah Active Info Display, sistem infotainmen Discover Media bersaiz 8 inci dan sistem penyaman udara Climatatronic 3 zon.

Terdapat dua varian menarik iaitu Comfortline dan Highline.  Kedua-dua varian itu menggunakan enjin pengecas langsung dan pancitan multiport 1.4L TSI yang dipadankan dengan kotak gear klac basah (wet clutch)  direct shift gearbox (DSG) enam kelajuan. Output kuasa ialah 150PS dan tork 250Nm pada putaran enjin di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Volkswagen Tiguan 2017

Tiguan serba baharu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penjimatan bahan api yang luar biasa iaitu  6.7l/100km* (ujian standard EU).

Volkswagen Tiguan didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Atlantic Blue), perak (Tungsten Silver) dan kelabu (Indium Grey).

Mereka yang ingin melihat secara dekat Tiguan serba baharu dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Jualan Volkswagen yang berlangsung di New Wing pusat membeli-belah  1 Utama bermula 1 Mac 2017.

Galeri gambar Volkswagen Tiguan Baharu (warna Merah tidak ditawarkan):

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.