Volkswagen Jetta Facelift Kini Dibuka Untuk Tempahan – RM110,000 hingga RM130,000

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Jetta Facelift.

Jetta facelift akan ditawarkan dalam tiga varian menarik – Trendline, Comfortline and Highline. Ia dikuasakan oleh enjin 1.4L TSI baharu dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan baharu. Enjin itu mampu menjana kuasa yang mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Sekali gus menjadikan Jetta sebagai kenderaan paling berkuasa dalam segmennya.

Diiktiraf secara rasmi sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Jetta facelift mempunyai kuasa dan penjimatan bahan api luar biasa, sebahagiannya disebabkan oleh fungsi start/stop dan brek janaan semula yang ada padanya.

Keselamatan sememangnya menjadi aspek utama pada semua kenderaan Volkswagen. Ciri-ciri keselamatan utama Jetta termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Jetta facelift dianggarkan berharga di antara RM110,000 hingga RM130,000. Ia didatangkan dalam empat warna – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini atau ketika Minggu Pra-Tempahan Jetta pada 24 dan 25 September di pengedar-pengedar sah Volkswagen seluruh negara (waktu operasi dilanjutkan).

Muhammad

Kata Anda//