Volkswagen Golf Generasi Ketujuh: Evolusi Selama 36 Tahun!

Volkswagen (VW) Golf baharu telah didedahkan kepada umum di Berlin baru-baru ini. Model generasi ketujuh itu adalah evolusi ‘abang-abangnya’ yang lain sejak 36 tahun dahulu. Golf baharu merupakan kesinambungan kepada model-model sebelum ini dengan jualan kumulatif sebanyak 29 juta unit di seluruh dunia. Katanya model baharu itu lebih selesa, praktikal, selamat dan efisien.

Golf baharu menawarkan lebih ruang untuk penumpang dan lebih canggih daripada model sebelum ini malahan dengan teknik produksi baharu, berat badannya berjaya dikurangkan sebanyak 100kg dan hasilnya kereta menjadi 23% lebih efisien. Bukan setakat itu sahaja, Golf baharu juga lebih selamat hasil daripada struktur badan yang lebih kuat dan himpunan peralatan keselamatan pasif dan aktif yang didatangkan sebagai ‘standard kilang’ atau opsyen pembeli.

Model generasi ketujuh itu dibina berdasarkan platform MQB (Modularer Querbaukasten) atau Modular Transverse Matrix. Penggunaan platform itu membolehkan kenderaan keluaran kumpulan VW berkongsi parameter komponen dan membolehkan akses kepada teknologi kejuruteraan baharu termasuklah inovasi di dalam bidang keselamatan dan hiburan yang sehingga kini terhad kepada kenderaan segmen yang lebih tinggi. Senang kata, VW ingin mewujudkan skala ekonomi melalui peralatan dan ciri-ciri kenderaan yang sama merentasi pelbagai jenama dan model di bawah kumpulannya. Harus tahu, Audi, Skoda, Seat adalah antara syarikat kenderaan yang dimiliki VW.

Daripada segi saiz, Golf baharu lebih besar berbanding model lama. Dengan ukuran 4,255 mm panjang, Golf baharu 56 mm lebih panjang, jarak titik rodanya juga turut berubah iaitu 59 mm lebih panjang kepada 2,637 mm. Roda hadapan dianjakkan 43 mm ke depan untuk lebih ruang interior di mana lebarnya kini 13 mm lebih kepada 1,799 mm dan 28 mm lebih rendah kepada 1,452 mm. Selain daripada ruang interior yang lebih luas, rekaan itu turut memperbaiki pekali seret (Cd) sebanyak 10% dengan bacaan terkini sebanyak 0.27.

Walaupun dimensi kereta menjadi lebih besar namun jika dipandang daripada sudut mana pun ianya akan tetap dapat dicam sebagai model Golf. Ini disumbangkan melalui DNA rekaan yang dievolusikan sejak berpuluh tahun lamanya. Kata Walter de Silva, Ketua Rekabentuk Volkswagen AG “Salah satu kunci kejayaan Golf terletak kepada kesinambungannya. Di dalam pasaran, banyak rekaan kereta seperti Golf, diperhaluskan, diubah dan diperbaiki di dalam tempoh yang lama sejak generasi pertama seterusnya menjadi rekaan tidak luput masa (timeless)”.

Pada bahagian interior, konsol tengah diposisikan ke arah pemandu menjadikannya lebih ergonomik serta akses yang lebih mudah kepada butang-butang kawalan. Kesemua varian Golf dipasangkan sistem skrin sentuh sebagai peralatan standard dengan paparan skrin 5.8 inci.

Golf baharu turut dipakejkan dengan sebilangan sistem keselamatan yang inovatif sebagai peralatan standard dan pelanggan turut boleh memilih peralatan tambahan yang biasanya ditawarkan untuk model-model kelas lebih tinggi. Antara peralatan keselamatan standard ialah multi-collision brake system. Sistem itu akan memperlahankan kereta selepas berlakunya kemalangan untuk mengurangkan tenaga kinetik seterusnya meminimumkan impak kedua.

Kajian di Jerman mendapati bahawa ¼ kemalangan melibatkan kecederaan personal adalah daripada pelanggaran yang melibatkan banyak kenderaan. Peralatan untuk varian yang lebih tinggi ialah Adaptive Cruise Control yang menggunakan sensor bagi mengekalkan jarak di antara kereta hadapan. Front Assist pula mampu menghentikan kereta secara total manakala City Emergency Braking pula berfungsi bagi mengurangkan risiko pelanggaran. Driver Alert System pula mengawasi input daripada pemandu bagi mengesan tanda kelesuan manakala Lane Assist System pula membantu dalam mengekalkan kedudukan di sesuatu laluan yang mampu membalas semula stereng apabila diperlukan. Dynamic Light Assist System pula mengelakkan silauan yang berlebihan kepada kenderaan bertentangan.

Stereng Golf baharu menggunakan sistem variable ratio yang lebih mantap di dalam situasi pemanduan dinamik selain daripada memastikan kestabilan sewaktu kelajuan tinggi dan mudah untuk digunakan semasa pemanduan di dalam bandar.

Buat pertama kalinya Golf menawarkan seleksi profail transmisi yang mana pemandu boleh memilih empat mode iaitu Eco, Sport, Normal dan Individual dan tambahan untuk transmisi DSG ialah mode Comfort. Menguasakan Golf baharu ialah enjin petrol dan diesel yang kesemuanya mempunyai teknologi Stop/Start dan sistem regenerasi bateri. Barisan enjin yang ditawarkan ialah 1.2 liter TSI 85 PS, 1.4 liter TSI 140 PS dengan Active Cylinder Technology. Enjin diesel pula terdiri daripada 1.6 liter 105 PS dan 2.0 liter 150 PS.

Newspress

@muhd_gt

Muhammad

7 Comments

  1. hehe kalau tengok dalam fb top gear memanglah org ckp boring. kalau tengok dalam fb proton pun orang sumpah seranag proton =)

    kat luar negara golf ni biase aje. Murah dan mampu milik. aku tak penah lagi drive golf gti. tp golf 1.4 tsi dah penah. memang terasa powernya. try la.

    patutla org sembah golf gti kat malaysiani. hrga mahal dan powerrrr

  2. Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

    Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada 2 komponen kos tambahan. Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30% dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

    Rafizi Ramli
    Pengarah Strategi PKR.

  3. Klu kereta mahal… Usaha lebih sikit… Dimana ada kemahuan disitu ada jln… Mahal2 kereta skrg ni pun aku tgk makin jem jalan… Bnyk gak keta mahal atas jalan. Setiap rumah ada lebih dari satu keta… Mahal ke??? klu cukai dipersoalkan.. Cuba bayangkn klu x de cukai kereta.. Keta murah cam kt negara luar.. Aku ingat kene park keta 2-3km jauh dari rumah..

  4. Choulz ni bleh tahan jugak ‘ketinggian IQ’ die.

    Kalau kereta murah bermakna kereta banyak, parking xde, kesesakan melampau berlaku?

    Kalau kita mintak harga makanan diturunkan, mesti die akan cakap “kalau makanan murah, ramaila rakyat malaysia gemuk, diabetes, bla2. So jgn turunkan harga. Naikkan. Usaha la sket nak beli mknn”

  5. Apa yg sy ckp reality.. Berlaku di tokyo.. Jng putar belitkn apa yg sy ckp… Klu makanan murah sekalipon klu rakyat x de duit nk buat ape… Yg penting taraf ekonomi, pendapatan perkapita yg bagus.. Sekalipun jika nilai matawang kita tinggi klu x de buying power (kuasa membeli) x de guna bro… Klu kereta mrurah lah sekali pon… Bank pulak naik kan kadar faedah… Loan terms pendek tinggal 5 thn… Down payment 30%… Ramai ke org mampu beli kereta… Benda ni berlaku pada thn 80 an dulu… Cubalah bersyukur sikit dgn apa yg ada.. Jgn asyik nk merungut aje… Jadi utk en. Nusulan… Fikirlah…

Kata Anda//