Volkswagen buka Pusat 3S baharu di Tebrau, Johor

Volkswagen Tebrau 3S Centre

Pemilik atau mereka yang berminat dengan kenderaan Volkswagen (VW) di kawasan Tebrau, Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang serta kawasan sekitar Iskandar kini boleh mengunjungi Pusat 3S VW terbaru di Tebrau, Johor.

WN Motorworld Sdn Bhd telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk pusat tersebut yang menawarkan khidmat jualan, servis dan alat ganti.

Pusat 3S VW Tebrau itu bersaiz 13,123 kaki persegi dan mampu mempamerkan lapan buah kereta manakala bahagian servis dikendalikan oleh staf teknikal yang berpengalaman dan terlatih. Pusat itu turut dilengkapi dengan alat diagnostik dan servis terkini selain perkakasan yang diluluskan oleh VW Jerman.

Volkswagen 3S Tebrau, Johor

Menambah lagi kemudahan kepada pelanggan ialah lobi yang dilengkapi TV, sambungan Wi-Fi dan kafe sementara pelanggan menunggu kereta mereka diservis.

Pusat 3S VW Tebrau beroperasi setiap hari dari pukul 9:00 pagi hingga 7:00 malam. Khidmat servis beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan tutup pada cuti umum.

Alamat Pusat 3S VW Tebrau ialah: PTD 162998, No. 3 Jalan Harmonium 24/1, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor Bahru, Johor.

Nombor telefon: 07-364 8337 / Khidmat selepas jualan: 07-364 9696

Volkswagen 3S Tebrau, Johor

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.