Feb 28

Volkswagen buka outlet baharu di Sg Besi, KL – Tawar khidmat lengkap dari jualan hingga cat dan servis pendingin udara

Volkswagen Sg Besi

Wearnes Automotive telah membuka Volkswagen Sg Besi, pusat sehenti bernilai RM6 juta yang baru diubahsuai dan serba lengkap bermula dari jualan kenderaan, khidmat selepas jualan, penyelenggaraan, alat ganti, badan dan cat, penjajaran, tayar serta servis pendingin hawa.

Volkswagen Sg Besi kini mempunyai keluasan lebih 75,181 kaki persegi yang melibatkan dua tingkat. Ia terdiri daripada ruang pameran yang boleh menempatkan sehingga sembilan buah kenderaan, selain pelbagai kemudahan selepas jualan.

Volkswagen Sg. Besi

Terdapat 34 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 34 orang juruteknik bertauliah dan berpengalaman bagi memenuhi apa jua keperluan pelanggan. Tidak ketinggalan, naik taraf juga telah dilakukan ke atas peralatan dan kelengkapan selepas jualan.

Demi kemudahan pelanggan, ruang parkir bertutup telah ditambah. Ruang menunggu moden yang lengkap dengan TV kabel dan Wi-Fi turut disediakan.

Berikut ialah waktu operasi Volkswagen Sg Besi:

  • Bilik Pameran : Isnin – Jumaat: 9am – 7pm / Sabtu: 9am – 6pm / Ahad & Cuti Umum: 10am – 5pm
  • Servis & Selepas Jualan : Isnin – Jumaat: 8am – 8pm / Sabtu: 8:30am – 5pm / Ahad & Cuti Umum: Tutup
  • Badan & Cat: Isnin – Jumaat: 8:30am – 6pm / Sabtu: 8:30am – 5pm /Ahad & Cuti Umum: Tutup

Volkswagen Sg. Besi

Wearnes Automotive Pte Ltd merupakan pengedar kenderaan premium di rantau Asia Pasifik. Ditubuhkan pada tahun 1906,  Wearnes Automotive kini menjadi pengedar dan penjual pelbagai jenama kenderaan penumpang premium. Syarikat beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, China, Hong Kong dan Vietnam. Wearnes Automotive ialah rakan kepada kumpulan syarikat Starchase.

Silakan kongsi:

Kata Anda//