Mar 26

Volkswagen anjur Projek Polo P bagi mendidik pemegang lesen baharu

Projek Polo P VW 2017

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan projek Polo P khusus untuk mendidik pemegang lesen baharu dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan supaya selamat di atas jalan raya. Projek Polo P akan dianjurkan di institut pengajian tinggi terpilih pada hujung minggu.

Ia merangkumi latihan di mana peserta akan diberi pendedahan kepada penyelenggaraan asas kereta, poin pemeriksaan, cara duduk dan memegang stereng yang betul serta teknik pemanduan defensif yang merangkumi brek kecemasan dan laluan slalom (berbentuk S melalui kon).

Lebih istimewa apabila kesemua latihan yang dianjurkan menggunakan kereta yang disediakan oleh VPCM iaitu Volkswagen Polo 1.6 yang walaupun kecil tetapi seronok untuk dipandu. Kereta itu sesuai untuk golongan muda dan berjiwa muda yang dilengkapi enjin 1.6 liter dengan transmisi automatik enam kelajuan Tiptronic. Volkswagen Polo 1.6 mempunyai kuasa tork 153Nm dengan kadar penggunaan minyak 6.3L/100 km.

Berikut ialah maklumat program Projek Polo P:

Projek Polo P VW 2017

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.